Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476620
Title: Imej 360° dalam perisian kursus silat
Authors: Nur Faiezah Mohamad Hanafiah (P68498)
Supervisor: Siti Fadzilah Mat Noor, Dr.
Keywords: Interactive multimedia
Computer-assisted instruction
Pencak silat
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Jan-2018
Description: Pengintegrasian video dan imej 360° merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada masalah pembelajaran berasas video yang mempunyai tahap interaksi yang rendah antara pengguna dengan video, aktiviti interaktif yang minimum dan sudut pandang yang terhad. Kajian berkenaan pengintegrasian video dan aktiviti interaktif didapati hanya memfokus kepada aktiviti interaktif yang melibatkan elemen teks, nombor dan imej statik sahaja. Tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan sebuah model konseptual perisian kursus silat menggunakan pendekatan pengintegrasian video dan imej 360° serta mengkaji keberkesanan dan kebolehgunaan perisian kursus tersebut. Imej 360° merupakan imej tiga dimensi berbentuk dinamik dan boleh dimanipulasi sehingga 360°. Silat dipilih sebagai kajian kes kerana penggunaan pembelajaran berteras multimedia dalam bidang bukan akademik kurang diberi perhatian di Malaysia. Silat juga dipilih sebagai kajian kes kerana merupakan warisan budaya masyarakat melayu dan telah diwarta sebagai “Warisan Kebangsaan”. Kajian ini menggunakan metodologi reka bentuk berpusat pengguna yang terdiri daripada fasa kajian awal, analisis, reka bentuk, pembangunan dan penilaian. Model konseptual perisian kursus silat yang terhasil mengambil kira dua teori pembelajaran iaitu teori konstruktivitisme dan behavorisme. Dua jenis penilaian dilaksana untuk menilai perisian kursus silat dan seterusnya menentu sahkan model konseptual yang dihasilkan iaitu keberkesanan dan kebolehgunaan. Penilaian keberkesanan dilaksana menerusi ujian pra dan pasca manakala penilaian kebolehgunaan menggunakan kaedah borang soal selidik. Hasil analisis penilaian keberkesanan melalui ujian-t berpasangan mendapati wujud kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar setelah menggunakan perisian kursus silat tersebut. Hasil analisis penilaian kebolehgunaan pula mendapati perisian kursus silat ini mudah dipelajari, mempunyai reka bentuk antara muka yang disukai pelajar dan responden berpuas hati menggunakan perisian kursus silat tersebut. Model konseptual perisian kursus silat yang dihasil dalam kajian ini boleh diguna sebagai panduan dalam membangun bahan pembelajaran multimedia interaktif dalam bidang bukan akademik khususnya pendidikan fizikal seperti seni bela diri, sukan, pendidikan jasmani, rekreasi dan tarian. Pengintegrasian video dan imej 360° dalam perisian kursus silat ini juga dapat menambah bahan kajian tentang pengintegrasian video dengan aktiviti interaktif yang melibatkan elemen selain teks, nombor dan imej statik.,Sarjana Teknologi Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""
Pages: 125
Call Number: QA76.76.I59N837 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122006+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
18.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.