Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476605
Title: Model persefahaman bersama bagi perancangan penjajaran strategik bisnes dan TM
Authors: Nurul 'Izzati Mohamad Adnan (P72253)
Supervisor: Dian Indrayani Jambari, Dr.
Keywords: Information technology -- Management
Business -- Data processing
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Aug-2018
Description: Penjajaran Strategik Bisnes dan Teknologi Maklumat (TM) masih terus diterokai daripada pelbagai aspek kerana didorong oleh permintaan organisasi yang memerlukan penyelarasan di antara strategi bisnes dan TM bagi mendapatkan kesinambungan bisnes mereka. Kajian lepas mendapati kelemahan aspek pengurusan menyebabkan kepincangan dalam penjajaran strategi bisnes dan TM yang lebih ketara berbanding daripada aspek teknologi. Salah satu isu pengurusan adalah komunikasi yang tidak berkesan di antara unit bisnes dan TM dalam merancang Penjajaran Strategik Bisnes dan TM (PSBTM). Kesukaran untuk mencapai persefahaman bersama di antara kedua-dua pasukan unit tersebut merupakan masalah yang kritikal dalam komunikasi dan menghalang penjajaran yang berjaya. Pendekatan perancangan yang tidak teratur dalam proses komunikasi boleh menyebabkan persefahaman bersama yang lemah di antara pasukan bisnes dan TM serta berisiko tinggi untuk menghalang kejayaan jajaran strategi bisnes dan TM. Rujukan dan panduan yang sedia ada tidak difokuskan untuk mencapai persefahaman bersama secara holistik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyiasat faktor dan elemen penentu yang terlibat dalam mewujudkan persefahaman bersama di antara unit Perancangan Strategik Bisnes dan TM. Model Persefahaman Bersama bagi Penjajaran Bisnes dan TM telah dibangunkan untuk mewujudkan persefahaman bersama bagi Penjajaran Perancangan Strategik Bisnes dan TM. Kajian ini mengambil pendekatan kualitatif di mana analisis kandungan yang komprehensif telah dijalankan untuk membentuk sebuah kerangka teoretikal dan membuat pengesahan kepada model yang telah dibangunkan. Model ini kemudiannya disahkan secara empirikal menggunakan kaedah ulasan pakar melalui siri temu bual bersama lapan orang pakar yang berpengalaman dan terlibat dalam perancangan strategik bisnes dan TM. Penemuan model dalam kajian membolehkan komunikasi yang berkesan ke arah persefahaman bersama di antara pasukan TM dan bisnes dalam merangka perancangan strategik bisnes dan TM yang baik. Skop kajian ini yang berkaitan dimensi sosial dan pengaruh dalam Penjajaran Bisnes dan TM (PBTM) menyumbang ke arah pengayaan bidang ilmu Penjajaran Strategik Bisnes dan TM.,Sarjana Sistem Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""
Pages: 181
Call Number: HD30.2.N847 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121869+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
15.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.