Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476583
Title: | Rangka kerja proses peminjaman buku dengan mengintegrasi Model Payne dan Model Sampson |
Authors: | Nur Afyfah Suwadi (P90493) |
Supervisor: | Ruzzakiah Jenal, Dr. |
Keywords: | Information technology -- Management Academic libraries -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Nov-2018 |
Description: | Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kini membantu memudahkan sistem perkhidmatan dalam pelbagai perkara. Antara perkhidmatan yang semakin berkembang ke arah dunia digital adalah perkhidmatan peminjaman buku. Namun begitu, perkhidmatan peminjaman buku tidak selari dengan perkembangan teknologi kini. Peminjaman buku masih lagi terkongkong dengan cara tradisional ataupun penggunaan laman web sahaja. Tambahan pula terdapat masalah kekurangan kemudahan di perpustakaan seperti tempat meletak kereta yang terhad. Pengguna juga ada kalanya menghadapi masalah ketidakberadaan buku yang ingin dipinjam. Punca masalah ini menyebabkan perpustakaan kurang mendapat tumpuan sebagai pusat rujukan utama. Oleh itu, kajian dijalankan untuk membangunkan sebuah rangka kerja bagi model peminjaman buku yang dapat menggalakkan penglibatan pengguna dan pustakawan dalam aktiviti peminjaman buku. Kajian dilaksana dengan mengintegrasikan Model Payne dan Model Sampson bagi membangunkan rangka kerja bagi model peminjaman buku. Model Payne dan Model Sampson adalah model yang terdapat dalam bidang sains perkhidmatan bagi membentuk nilai cipta sama yang mana kedua-dua model memerlukan penglibatan penyedia dan penerima perkhidmatan untuk menjayakan sesuatu aktiviti atau proses. Pembangunan rangka kerja proses peminjaman buku seterusnya diuji dan disah dengan pembangunan prototaip yang berbentuk aplikasi mudah alih. Rangka kerja yang dibangun dapat menunjukkan kepentingan aktiviti atau proses di mana setiap proses dapat didokumentasikan dengan teratur. Pembangunan rangka kerja dan prototaip bagi model peminjaman buku menunjukkan bahawa perkhidmatan di perpustakaan boleh dimodenkan selari dengan perkembangan arus teknologi kini. Penerapan nilai cipta sama melalui penggunaan Model Payne dan Model Sampson yang diintegrasi pula menunjukkan kepentingan kedua-dua pihak antara penyedia perkhidmatan dan penerima perkhidmatan agar proses berjalan dengan baik. Justeru, kajian yang dilaksana diharap memberi nilai tambah dalam proses peminjaman buku bagi menyedia perkhidmatan terbaik untuk mencapai kelestarian kampus.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 133 |
Call Number: | T58.64.N667 2018 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121671+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 23.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.