Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476548
Title: Carian semantik berasaskan ontologi dalam perpustakaan digital
Authors: Nurul Aida Osman (P49118)
Supervisor: Shahrul Azman Mohd Noah, Prof. Dr.
Keywords: Perpustakaan digital
Ontologi
Pengkomputeran semantik
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 19-Jul-2012
Description: Perkembangan pembangunan perpustakaan digital pada akhir dekad ini sangat memberangsangkan. Perkhidmatan capaian artikel, jurnal dan buku membolehkan ramai pengguna mencapai dokumen yang sama pada masa yang berbeza secara dalam talian. Antara cabaran utama dalam pembangunan perpustakaan digital ialah mencipta pendekatan carian yang baru dalam sesuatu domain. Pengguna memerlukan maklumat yang ditakrif oleh maknanya dan bukan oleh rentetan teks atau himpunan perkataan semata-mata. Bagi memudahkan pengaksesan, penyimpanan dan capaian, koleksi dokumen ini lazimnya diwakilkan menggunakan metadata. Walaubagaimanapun, penggunaan metadata sahaja tidak mencukupi untuk menerangkan dokumen secara semantik dan sukar untuk meluaskan carian. Oleh itu, ontologi dilihat berpotensi untuk mengatasi kekangan semasa perpustakaan digital konvensional. Selain itu, teknik capaian maklumat konvensional dalam perpustakaan digital cenderung untuk mendapatkan dapatan semula yang lebih tinggi tetapi kejituan yang lebih rendah. Dengan jumlah kandungan maklumat yang besar dalam perpustakaan digital, kejituan dilihat lebih penting berbanding dapatan semula. Justeru, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk menyokong carian semantik dalam perpustakaan digital dengan menggunakan ontologi. Idea utama penyelidikan ini adalah untuk membangunkan kaedah dan peralatan untuk carian semantik. Satu senarai indeks semantik dan anotasi dokumen dibina bagi menyokong carian semantik.Untuk menguruskan sumber maklumat berskala besar, pengadaptasian model klasik ruang vektor kepada perwakilan berasaskan ontologi dicadangkan yang juga memuatkan algoritma pemangkatan. Algoritma pemangkatan kesamaan adalah berdasarkan kesamaan kosinus. Hierarki topik ACM yang mewakilkan disiplin sains komputer digunakan sebagai perwakilan domain ontologi. Domain ontologi ini dikembangkan melalui atribut has-synonym bagi tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses penganotasian dokumen melalui pemadanan konsep antara ontologi dan dokumen. Sinonim tersebut adalah berdasarkan kepada penjelajahan dokumen ACM yang mempunyai kelas yang sama dalam ontologi. Data ujian Communication of the ACM (CACM) yang mengandungi 3204 dokumen digunakan semasa ujian dan penilaian. Perbandingan dilakukan dengan model kebarangkalian Dirichlet. Empat belas kueri dipilih dan diterjemahkan kepada formulasi Simple Protocol and RDF Query Language (SPARQL). Hasil menunjukkan nilai purata kejituan bagi sistem capaian maklumat berasaskan ontologi dan VSM meningkat sebanyak 52% jika dibandingkan dengan model kebarangkalian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 113
Call Number: QA76.5913.N846 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119297+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
889.15 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.