Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476428
Title: Model konsep anti-penuaan perisian aplikasi
Authors: Zuriani Hayati Abdullah (P63403)
Supervisor: Jamaiah Haji Yahaya, Prof. Madya Dr.
Keywords: Anti-penuaan perisian
Garis panduan
Faktor penuaan perisian
Model konsep
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jul-2016
Description: Penuaan perisian adalah satu cabang ilmu dalam kejuruteraan perisian. Penurunan perisian yang progresif serta kekerapan perisian mengalami kegagalan untuk beroperasi adalah antara faktor yang menunjukkan bahawa perisian mengalami penuaan. Justeru, kajian mengenai pembangunan model konsep anti-penuaan perisian perlu dilaksanakan untuk mengurangkan impak penuaan perisian. Anti-penuaan adalah proses memperlambat dan mencegah penuaan. Anti-penuaan perisian pula adalah satu proses pencegahan penuaan perisian dan menghasil perisian yang sentiasa muda. Kajian terdahulu mengkaji penuaan yang berlaku terhadap perisian operasi, tidak banyak kajian yang mengkaji penuaan terhadap perisian aplikasi. Perisian aplikasi merupakan perisian yang membantu pengguna melakukan tugasan dengan lebih sistematik dan cekap. Penuaan perisian aplikasi mempengaruhi prestasi kerja pengguna dan menyebabkan sesebuah organisasi mengalami kerugian. Kajian ini mengkaji faktor penuaan terhadap perisian aplikasi bagi menghasil garis panduan anti-penuaan perisian aplikasi. Terdapat tiga objektif utama kajian ini, objektif yang pertama adalah mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penuaan perisian aplikasi, yang kedua adalah membangunkan model konsep anti-penuaan perisian dan objektif ketiga adalah mencadangkan garis panduan langkah atau tindakan anti-penuaan perisian. Terdapat empat fasa dalam kajian ini, fasa pertama merupakan kajian teori yang mana kajian dan analisa terhadap kajian terdahulu dilakukan. Permasalahan dikaji dengan membuat perbandingan dan mencari jurang yamg terdapat dalam penuaan perisian. Kajian emperik merupakan fasa kedua bagi kajian ini, soal selidik diedar kepada pengamal perisian di Malaysia. Fasa ketiga merupakan fasa pembangunan model konsep yang mana terdapat empat komponen dalam model iaitu faktor penuaan, instrumen penilaian, hasil dan garis panduan anti-punuaan perisian. Fasa terakhir bagi kajian ini adalah perlaksanaan model dalam kajian kes yang bertujuan untuk menilai tahap penuaan perisian. Sumbangan bagi kajian ini adalah model konsep anti-penuaan perisian yang dapat membantu pengamal perisian untuk memantau serta melambat proses penuaan bagi perisian aplikasi serta membantu perisian menjadi malar segar dan muda. Penuaan perisian adalah sebuah bidang kajian yang menarik dan mempunyai potensi untuk diterokai di masa hadapan. Kajian ini boleh diperluas lagi pada masa akan datang dengan mengkaji secara lebih mendalam implikasi dan kesan penuaan perisian terhadap individu dan masyarakat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 75
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476428
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85943+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
223.01 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.