Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476419
Title: Pemeriksaan heuristik terhadap kebolehgunaan reka bentuk antara muka Repositori Objek Pembelajaran
Authors: Shah Mohd Irwan Mat Ishak (P68503)
Supervisor: Siti Fadzilah Mat Noor, Dr.
Keywords: Repositori Objek Pembelajaran
Kebolehgunaan
Antara muka
Penilaian Heuristik Nielsen
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Sep-2016
Description: Repositori Objek Pembelajaran(ROP) adalah satu konsep penstoran, guna semula serta perkongsian objek pembelajaran yang disertai oleh komuniti dalam bidang pendidikan yang terdiri daripada pelajar dan pendidik. Ia memerlu satu antara muka untuk membenar interaksi antara pengguna dengan aplikasi tersebut. Salah satu elemen yang dikenal pasti bagi membeza kualiti sesuatu repositori objek pembelajaran ialah kebolehgunaan antara mukanya. Kebolehgunaan suatu antara muka penting bagi menentu kejayaan sesuatu aplikasi dalam membantu pengguna mencapai objektifnya. Berdasar kajian lepas, hanya sedikit kajian dijalan untuk mengetengah permasalahan dalam kebolehgunaan repositori objek pembelajaran ini. Selain itu antara muka ROP yang ada sehingga kini juga tidak membantu memudah kerja pengguna bagi mencapai objektif tugasan mereka. Oleh itu satu kajian heuristik untuk memeriksa kebolehgunaan antara muka ROP dijalan ke atas tiga buah ROP yang dipilih bagi mencapai objektif seperti mengenal pasti fungsian asas yang perlu ada dalam antara muka ROP, membangunkan prototaip antara muka ROP untuk dijadikan model kepada hasil kajian, serta melaksana pengujian ke atas prototaip antara muka ROP yang dibangunkan. Metod kajian ini melibatkan tiga fasa iaitu perancangan,perlaksanaan, dan pembangunan. Melalui fasa perlaksanaan, tahap kelemahan sesuatu antara muka ROP dikenal pasti berdasar Penilaian Heuristik Nielsen. Analisis terhadap masalah kebolehgunaan antara muka ROP sedia ada ini diguna untuk membantu dalam reka bentuk dan pembangunan prototaip antara muka ROP. Prototaip diuji bagi memasti prototaip yang dibangun menepati prinsip kebolehgunaan. Keputusan menunjukkan terdapat kelemahan yang ketara di beberapa bahagian dalam reka bentuk antara muka ROP setelah pemeriksaan heuristik dijalan. Setelah prototaip yang dibangun diuji pengguna, didapati maklum balas pengguna menunjuk bahawa mereka berpuas hati dengan antara muka ROP yang baharu.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 115
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85656+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
87.7 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.