Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476333
Title: Alat Sokongan Keputusan masalah kembara jurujual mengunakan teknik awalan dalam algoritma aliran air
Authors: Anis Aklima Kamarudin (P68474)
Supervisor: Hafiz Mohd Sarim
Keywords: Alat Sokongan Keputusan
Kembara Jurujual
Algoritma aliran air
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-May-2016
Description: Kajian ini telah membangunkan Alat Sokongan Keputusan (ASK) bagi Masalah Kembara Jurujual (MKJ), dengan tujuan untuk mengoptimumkan perancangan perjalanan. Sistem Sokongan Keputusan (SSK) adalah aplikasi program komputer yang menganalisis data dan membentangkan hasil kepada pengguna untuk membantu mereka dalam membuat keputusan. ASK juga boleh membantu pengguna untuk menjalankan ujikaji terhadap algoritma yang dicadangkan, dengan mengubahsuai konfigurasi algoritma untuk memantau kesan ke atas keputusan. ASK juga memaparkan cadangan keputusan penyelesaian optimum yang dicadangkan kepada pengguna. Melalui antara muka sistem, pengguna akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang keputusan yang ditunjukkan oleh ASK. ASK untuk penilaian MKJ menerusi pengujian kebolehan menunjukkan bahawa sistem yang dibina adalah fleksibel dalam membantu mereka yang menghadapi masalah perancangan perjalanan. Masalah Kembara Jurujual (MKJ) merupakan masalah pengoptimuman kombinatorik dengan menggunakan pendekatan metaheuristik. MKJ bertujuan mencari laluan terpendek untuk perjalanan ke beberapa buah bandar dengan hanya sekali perjalanan sahaja. Satu metaheuristik baru iaitu Algoritma Aliran Air (AAA) yang boleh menyesuaikan diri dan bersifat dinamik bagi menentukan saiz populasi dan parameter telah digunakan dengan penambahbaikan teknik awalan menggunakan Simulasi Penyepuhlindapan (SP) sebagai pengujian. Kajian ini telah dijalankan menggunakan data piawai MKJ (TSPLIB) yang mengandungi sehingga 3795 bandar. Keputusan menunjukkan bahawa AAA dengan algoritma pengawalan yang dicadangkan dapat mengurangkan masa pengkomputeran berbanding penggunaan algoritma sebelumnya. Kesimpulannya, Alat sokongan keputusan MKJ yang dibangunkan berupaya memudahkan pembuatan dengan bantuan mendapatkan hasil penyelesaian dalam masa yang singkat dan membolehkan pengguna menggambarkan laluan yang dicadangkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 109
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476333
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82197+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
180.3 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.