Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476274
Title: Reka bentuk antaramuka aplikasi interaktif visual maklumat pemakanan bagi warga emas
Authors: Tan Li Yin (P72353)
Supervisor: Nazlena Mohamad Ali, Prof. Madya Dr.
Keywords: User interfaces (Computer systems)
Information display systems -- Design
Information visualization
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 18-Aug-2015
Description: Akses kepada maklumat pemakanan yang sihat adalah penting untuk warga emas. Salah satu sumber maklumat pemakanan adalah melalui Internet. Namun, ramai warga emas menghadapi masalah menggunakan Internet kerana ketidakmampuan mereka untuk navigasi atau meneroka antaramuka aplikasi tertentu. Matlamat kajian ini adalah untuk mendekatkan jurang maklumat bagi warga emas bagi pemakanan sihat melalui pembangunan aplikasi web. Aplikasi PENUAAN SIHAT (PS) dibangunkan mengandungi beberapa maklumat melalui modul seperti Indeks Jisim Tubuh, kalori harian, menu, dan tip pemakanan. Penyelidikan dimulakan dengan kajian awal menggunakan kaedah Plastic Interface for Collaborative Technology Initiatives through Video Exploration (PICTIVE) bagi memperolehi maklumat keperluan pengguna dari aspek rekabentuk antaramuka warga emas. 18 orang warga emas terlibat dalam fasa taksiran keperluan awal. Hasil kajian awal mendapati tiga ciri penting antaramuka warga emas iaitu mudah, berarah dan konsisten. Reka bentuk konseptual aplikasi web maklumat pemakanan dilakarkan dan dibangunkan. Objektif kajian adalah untuk (a) mereka bentuk aplikasi berasaskan web untuk maklumat pemakanan untuk warga emas, dan (b) menilai reka bentuk antaramuka aplikasi berasaskan web yang dibangunkan. Penilaian kebolehgunaan telah dilakukan ke atas 30 warga emas untuk menilai tahap penerimaan reka bentuk antaramuka yang dibangunkan. Responden terdiri daripada ahli kelab warga emas di kawasan Cheras Baru dan Bandar Baru Bangi. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden memberi maklum balas yang positif terhadap tiga ciri utama reka bentuk antaramuka iaitu aspek mudah (96%), berarah (90%) dan konsisten (100%). Keseluruhannya, kajian ini telah diterima baik oleh responden warga emas.,Sarjana Teknologi Maklumat
Pages: 149
Call Number: QA76.9.U83T343 2015 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476274
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80513+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
207.53 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.