Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476220
Title: Pendekatan teknik pengecaman entiti nama bagi capaian berita jenayah Bahasa Melayu
Authors: Mohamed Kamil bin Mansor (GP01639)
Supervisor: Saidah Saad, Dr
Keywords: Pengecaman entiti
Jenayah
Issue Date: 30-Jan-2015
Description: Pengekstrakan maklumat merupakan satu proses bagi mengekstrak maklumat dari dokumen yang tidak berstruktur. Pada masa kini, terdapat banyak dokumen yang tidak berstruktur seperti teks berita, artikel blog, forum, tweet serta mikro blog dari rangkaian sosial. Dokumen-dokumen ini amat sukar untuk difahami oleh komputer. Oleh itu, kajian berkaitan pengekstrakan maklumat menjadi sangat penting bagi mengatasi permasalah ini. Salah satu teknik pengekstrakan yang banyak digunakan ialah pengecaman entiti nama. Kajian ini dijalankan bagi mengimplementasikan teknik pengecaman entiti nama dari sumber dokumen berita jenayah bahasa Melayu. Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan sistem prototaip model pengekstrakan maklumat berita jenayah dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik pengecaman entiti nama melalui pendekatan berasaskan peraturan. Pengkajian ini dilakukan dengan mewujudkan korpus berita jenayah dalam bahasa Melayu yang diperolehi dari sumber arkib berita BERNAMA. Korpus ini kemudiannya diteliti secara manual bagi mengecam entiti nama seperti individu, organisasi, lokasi, tarikh, masa, kewangan, peratusan, jenayah dan senjata. Dalam masa yang sama, sistem prototaip dibangunkan serta diuji dengan korpus yang sama dan hasil dari pengujian ini dibandingkan dengan keputusan penelitian secara manual. Secara keseluruhannya, pengujian ini menunjukkan hasil yang baik dengan nilai dapatan bagi recall sebanyak 78.67%, manakala bagi precision sebanyak 71.11% dan F-measure sebanyak 74.7%. Hasil dari kajian ini diharap dapat menyumbang pengetahuan mengenai keberkesanan teknik pengecaman entiti nama bagi berita jenayah bahasa Melayu seterusnya dapat membantu para penyelidik, polis, peguam serta pihak berkuasa yang terlibat dalam bidang jenayah menyelesaikan jenayah dengan lebih cepat dan berkesan.,Master/Sarjana
Pages: 89
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476220
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76509+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.