Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476189
Title: Model kepuasan pengguna bagi laman web berasaskan UGC melalui pendekatan nilai cipta sama
Authors: Nik Sabrina Abdullah (P58889)
Supervisor: Yazrina Yahya, Prof. Madya Dr.
Keywords: User-Generated Content (UGC)
Issue Date: 11-Jul-2014
Description: Kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini memberi impak yang besar terhadap gaya hidup masyarakat dunia. Kehadiran laman web berasaskan User-Generated Content (UGC) seperti Facebook, Twitter, BlogSpot dan WordPress menyediakan peluang untuk berinteraksi dengan lebih efektif. Bagaimanapun, kajian mendapati persaingan dan kehendak pengguna yang pelbagai masih tidak dapat dipenuhi oleh perkhidmatan yang disediakan melalui laman web UGC. Masalah ini timbul kerana organisasi kurang memberi penekanan terhadap pengalaman positif dan kepuasan pengguna, disebabkan oleh pengetahuan organisasi terhadap nilai cipta sama yang terhad. Selain itu kajian juga mendapati kekurangan model kepuasan pengguna berasaskan UGC. Oleh itu, kajian ini telah mempertimbangkan pendekatan nilai cipta sama berdasarkan teori sosio-teknikal dalam usaha membina model kepuasan pengguna bagi laman web UGC. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik secara atas talian menggunakan perisian Google Document. Soal selidik merangkumi lima bahagian utama iaitu demografi, interaksi sosial, ciri teknikal, pengalaman dan kepuasan pengguna untuk mendapatkan data. Responden kajian terdiri daripada pengguna berdaftar laman web UGC yang diwakili oleh semua peringkat umur dan jantina. Pengumpulan data dibuat menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) manakala analisis dilakukan berdasarkan Model Pengukuran Rasch dengan menggunakan perisian Winstep versi 3.68.2. Analisis faktor pengesahan (CFA) berdasarkan Model Persamaan Struktur (SEM) menggunakan perisian Amos versi 18 dilakukan untuk mengesahkan model. Dapatan kajian mendapati komponen teori sosio-teknikal mampu mempengaruhi pengalaman dan kepuasan pengguna. Komponen yang mendasari model kepuasan pengguna bagi laman web UGC adalah sah apabila memenuhi nilai penentu model fit (Chi-Square = 1.856, CFI = 0.975, TLI = 0.967 dan RMSEA = 0.66). Hasil kajian ini dapat dijadikan panduan oleh organisasi untuk mereka bentuk dan membangunkan laman web UGC seterusnya mengatasi masalah kepuasan pengguna.,Master/Sarjana
Pages: 123
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75241+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.