Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476169
Title: | Model generik sistem pengukuran prestasi berdasarkan model nilai cipta sama melalui lelaran penyegitigaan |
Authors: | Wan Azlin Zurita Wan Ahmad (P53615) |
Supervisor: | Yazrina Yahya, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Sistem pengukuran prestasi Lelaran penyegitigaan Management information systems |
Issue Date: | 14-Jan-2013 |
Description: | Sistem Pengukuran Prestasi (SPP) merupakan inisiatif penting yang membantu dalam penghasilan keputusan serta mengukur dan memantau prestasi projek dan program. SPP diguna pakai di pelbagai persekitaran seperti bisnes, kesihatan dan pengurusan perhubungan pengguna. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pembangunan SPP. Faktor yang sedia ada pada masa kini dibangunkan bersesuaian untuk keperluan persekitaran tertentu sahaja. Terdapat antara faktor tersebut yang merupakan amalan terbaik bagi pembangunan SPP yang sesuai disatukan di bawah satu model. Walau bagaimanapun, tiada model generik yang menyatukan semua faktor tersebut yang boleh diguna pakai untuk semua persekitaran. Sehubungan itu, model generik SPP boleh dibangunkan dari sudut pandang yang berbeza iaitu dari aspek nilai cipta sama yang merupakan elemen penting yang melihat kepada kepentingan pengguna dan pembekal. Kajian dijalankan dengan mengambil kira model DART, iaitu model nilai cipta sama yang diadaptasikan dalam pembangunan model generik SPP. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah lelaran penyegitigaan bagi mendapatkan faktor bagi setiap blok di bawah model DART yang bersesuaian dengan pembangunan SPP. Ini selaras dengan objektif utama kajian iaitu membangunkan model generik SPP secara konseptual berdasarkan model nilai cipta sama. Model generik ini dinilai melalui dua kaedah iaitu melalui kajian kes dan pengesahan pakar. Kajian kes yang dipilih adalah myPrestasi iaitu salah satu SPP perintis di Sektor Awam yang diguna pakai sepenuhnya di MAMPU bagi menilai prestasi projek dan program yang dirangka. Hasil penilaian mendapati model generik yang dibangunkan boleh diguna pakai dan mampu menambahbaik pembangunan SPP pada kajian kes yang dinilai. Kajian ini juga membuktikan model generik SPP boleh dibangunkan berdasarkan aspek nilai cipta sama yang merupakan satu konsep baru pada masa kini.,Master/Sarjana |
Pages: | 147 |
Call Number: | T58.6.W346 2013 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74749+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.