Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476166
Title: | Reka bentuk permainan keselamatan penggunaan internet (pengembaraan dunia siber) |
Authors: | Sarah Farhana Juhari (P53591) |
Supervisor: | Nor Azan Mat Zin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Permainan komputer Internet Dunia siber Games -- Data processing |
Issue Date: | 15-Feb-2013 |
Description: | Kanak-kanak pada masa kini mula menggunakan internet pada usia yang muda. Ini boleh menyebabkan mereka terdedah kepada bahaya dan ancaman yang terdapat dalam dunia siber seperti keganasan, pornografi, penyalahgunaan identiti dan buli. Kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun merupakan golongan berisiko tinggi memandangkan mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Kanak-kanak gemar bermain permainan komputer, maka permainan komputer boleh digunakan untuk mendidik mereka mengenai penggunaan internet secara selamat. Kajian ini bermatlamat untuk mereka bentuk perisian permainan yang dapat mendidik kanak-kanak mengenai keselamatan penggunaan Internet. Metodologi kajian adalah gabungan dan adaptasi model Prototaip Pantas dan Digital Game-Based Learning Instructional Design (DGBL-ID). Model konspesi permainan dibangun dengan menggabungkan elemen permainan berkesan dan pembelajaran berdasarkan kepada kajian literatur. Kandungan permainan adalah menepati garis panduan keselamatan Internet yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta International Telecommunication Union (ITU). Perisian Adobe Flash CS3 diguna untuk pembangunan permainan. Penilaian keberkesanan perisian permainan Pengembaraan Dunia Siber (PDS) dijalankan menggunakan teknik ujian pra dan ujian pasca. Penilaian kepenggunaan permainan pula dilakukan ke atas 31 orang pelajar berusia 10 hingga 12 tahun. Hasil penilaian keberkesanan mendapati terdapat peningkatan pengetahuan yang signifikan (23% ; p<0.5). Hasil penilaian kepenggunaan pula menunjukkan perisian permaian PDS mempunyai reka bentuk yang baik dengan skor min bagi aspek kebolehbermain (4.04), mudah guna (4.1), keberkesanan (4.09), mesra pengguna (4.25), interaktiviti (3.61) dan bahagian reka bentuk antara muka (4.07). Kajian ini berjaya menghasilkan sebuah model permainan yang telah diimplemen dalam permainan PDS.,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 138 |
Call Number: | GV1469.2.S247 2013 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74739+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.75 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.