Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476164
Title: | Pengelasan soalan berdasarkan Taksonomi Bloom menggunakan pendekatan peraturan dan N-gram |
Authors: | Nur Syahidah Sufi bt Haris (P52213) |
Supervisor: | Nazlia Omar, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Taksonomi Bloom N-gram Text processing (Computer science) |
Issue Date: | 21-Jan-2013 |
Description: | Pengekstrakan Maklumat merupakan suatu tugasan yang digunakan untuk sebarang proses atau prosedur mencari maklumat di dalam sebuah teks dokumen. Pengekstrakan maklumat dijalankan untuk mengenalpasti dan mengekstrak maklumat tertentu pada dokumen untuk dimanfaatkan sebagai teks bahasa tabii. Kajian literatur yang telah dijalankan mendapati bahawa soalan peperiksaan sebagai teks pendek apabila dikelaskan dengan pengelas statistik akan memberikan ketepatan yang rendah berikutan kerana kehadiran terma yang menyumbang kepada kepadatan fitur teks adalah sedikit dan berjauhan. Oleh itu, peraturan dibangunkan dengan memanfaatkan struktur sintaks teks soalan. N-gram sebagai pengelas kedua adalah sejenis pengelas statistik tetapi mampu mengelaskan soalan dengan data yang kecil. N-gram akan bertindak mengelas untuk memastikan tiada soalan yang tercicir apabila tidak dikelaskan oleh pendekatan peraturan. Tiga eksperimen berasingan telah dijalankan untuk mendapatkan prestasi pengelasan soalan. Eksperimen peraturan memperoleh dapatan 84%, kejituan 86% dan F1 sebanyak 80%. Eksperimen pengelasan dengan N-gram memperoleh dapatan 69%, kejituan 77% dan 67% untuk F1. Eksperimen gabungan peraturan dan N-gram telah menjangkaui eksperimen lain dengan purata dapatan 89%, kejituan 88% dan F1 sebanyak 86%. Keputusan eksperimen menunjukkan eksperimen penggabungan pendekatan dan N-gram adalah relevan dengan bersandarkan prestasi pengelasan soalan yang telah ditunjukkan.,Master/Sarjana |
Pages: | 130 |
Call Number: | QA76.9.T48.N847 2013 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476164 |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74728+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.43 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.