Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476144
Title: Model reka bentuk berarahan berasaskan elemen multimedia bagi e-pembelajaran di organisasi : kajian kes di Akademia Percukaian di Malaysia
Authors: Zawawi Mat Isa (P42886)
Supervisor: Yazrina Yahya, Prof. Madya Dr.
Keywords: Model reka bentuk
Multimedia
E-pembelajaran
Organisasi
Akademia Percukaian
Malaysia
Multimedia systems -- Study and teaching -- Malaysia
Issue Date: 24-May-2011
Description: Pada masa ini penggunaan e-pembelajaran tidak lagi terhad kepada institusi pengajian tetapi ianya sudah mula digunakan di organisasi kerajaan dan juga sektor swasta dalam proses pembelajaran dan latihan untuk kakitangannya. Terdapat sedikit perbezaan di antara tujuan pembelajaran di organisasi dan di institusi pengajian. Di organisasi tujuan pembelajaran ialah untuk memberikan kemahiran dan pengetahuan yang khusus supaya pelajar yang mengikuti kursus berkenaan akan dapat melaksanakan tugasnya dengan baik serta meningkatkan produktiviti organisasi manakala di institusi pengajian ianya lebih bercorak akademik iaitu menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran umum berkenaan sesuatu bidang. Daripada kajian literatur yang dijalankan ke atas kerangka kerja e-pembelajaran dan model reka bentuk berarahan didapati penekanan lebih diberikan kepada pembentukan isi kandungan pembelajaran, jenis pengguna, jenis pembelajaran dan persekitaran pembelajaran. Kajian mendapati elemen multimedia kurang diterapkan ke dalam pembangunan kandungan pembelajaran dan ini menyebabkan pembangunan kandungan pembelajaran lebih tertumpu dalam bentuk konversional seperti dalam bentuk teks ataupun slaid persembahan mengunakan perisian Microsoft Powerpoint. Kekurangan elemen multimedia ini telah menyebabkan penguna kurang berminat untuk mengunakan e-pembelajaran. Jadi, satu kajian dilakukan untuk menghasilkan kandungan pembelajaran yang mengandungi elemen multimedia dan dengan ini suatu model reka bentuk berarahan yang merangkumi elemen multimedia telah dihasilkan berasaskan model reka bentuk berarahan ADDIE dan model am. Model reka bentuk berarahan ini terdiri daripada enam fasa iaitu analisis, reka bentuk, multimedia, pembangunan, perlaksanaan, dan kualiti. Model yang dibangunkan telah diterapkan kepada Kursus Pengenalan Kepada Sistem Taksir Sendiri Syarikat di Akademi Percukaian Malaysia. Ini memandangkan kandungan pembelajaran untuk epembelajaran di Akademi Percukaian Malaysia juga, menghadapi masalah yang sama. Hasil daripada pembangunan model reka bentuk berarahan tersebut, sebuah prototaip dibangunkan sebagai asas kepada konsep yang dicadangkan.,Master/Sarjana
Pages: 151
Call Number: QA76.575.Z346 2011 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74589+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.