Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476121
Title: Model pembangunan reka bentuk perkhidmatan web mudah alih untuk mardi berasaskan model payne
Authors: Daud Endam (P 53669)
Supervisor: Yazrina Yahya, Prof. Madya Dr.
Issue Date: 31-Dec-2012
Description: Penggunaan peralatan mudah alih untuk melayari laman web didapati semakin meningkat pada masa kini. Ini menimbulkan isu berkaitan dengan kesenangan penggunaan akibat daripada reka bentuk web yang tidak mesra pengguna, kandungan tidak teratur dan kesukaran untuk melayari maklumat. Berdasarkan kajian kesusasteraan, reka bentuk ciri fizikal dan fungsi peralatan mudah alih adalah unik. Ia menitikberatkan mobiliti dan fleksibiliti, selain daripada memberikan nilai tambah seperti kebolehcapaian pada bila-bila masa dan di mana saja. Hasil daripada tinjauan, di dapati kebanyakan aplikasi web direka khusus untuk persekitaran komputer meja dan tidak sesuai untuk peralatan mudah alih. Maka, reka bentuk laman web untuk komputer meja tidak sesuai dilayari menggunakan peralatan mudah alih. Kajian kesusasteraan menunjukkan bahawa pendekatan pembangunan reka bentuk aplikasi web mudah alih berbeza dari laman web biasa untuk komputer meja. Menyesuaikan kandungan web asal secara dinamik dengan kekangan peralatan mudah alih (saiz skrin dan sumber sistem yang terhad dan variasi kesukaan pengguna) menjadi sangat penting. Kombinasi pendekatan User-Centered Mobile Design Lifecycle dan Sains Perkhidmatan di dapati boleh meningkatkan kualiti web mudah alih dan memenuhi keperluan pengguna. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah bagi mengenal pasti reka bentuk dan penyesuaian kandungan web mudah alih yang boleh mencapai nilai dan memenuhi keperluan pengguna. Kerja dilaksanakan menggunakan pendekatan cipta-sama di mana nilai cipta-sama diperoleh melalui satu proses bersiri. Nilai cipta-sama diperlukan dan kerja tidak sempurna jika ia tidak dimasukkan semasa proses rekaan. Satu kajian kes dijalankan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di mana aplikasi web mudah alih masih di peringkat permulaan penggunaan. Sebuah prototaip sistem dibangunkan berasaskan rangka kerja yang dicadangkan sebagai bukti konsep dalam aplikasi web mudah alih apabila nilai cipta-sama digabungkan dalam proses pembangunan. Sebagai hasilnya rangka kerja reka bentuk aplikasi web mudah alih berasaskan nilai cipta-sama dihasilkan. Penyelidikan menunjukkan beberapa prinsip reka bentuk dalam pembangunan aplikasi web mudah alih, penerapan nilai cipta-sama yang membolehkan capaian yang lebih baik melalui peralatan mudah alih.,Master/Sarjana
Pages: 126
Call Number: TK5105.88813.D348 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73443+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.