Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475953
Title: Kepelbagaian genetik, kerintangan terhadap nematod puru akar meloidogyne incognita dan prestasi generasi f1 kacukan dwialel terung
Authors: Mohd Nazarudin Anuar (P91890)
Supervisor: Noraziyah Abd Aziz, Dr.
Keywords: Eggplant -- Genetics
Eggplant -- Molecular genetics
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Oct-2020
Description: Maklumat mengenai kepelbagaian genetik dan kerintangan terhadap nematod puru akar (Meloidogyne incognita) (RKN) bagi tanaman terung penting bagi tujuan pembiakbakaan tanaman bagi meningkatkan prestasi progeni dan ketahanan terhadap jangkitan RKN. Dua aksesi Solanum torvum dan 18 S. melongena telah disaring untuk ciri pertumbuhan dan hasil bagi menentukan kepelbagaian genetik aksesi-aksesi ini. Hasil keputusan menunjukkan nilai pekali variasi fenotipik (PVC), pekali variasi genotipik (GVC) dan pertambahan genetik (GA) yang tinggi pada ciri hasil (YLD) dan komponenan YLD berbanding ciri pertumbuhan. Kadar keterwarisan (h2) yang tinggi antara 94.10 ke 97.96 bagi kesemua ciri kuantitatif yang dikaji kecuali bilangan hari berbunga (DTF) menunjukkan wujudnya tindakan gen tambahan dalam ekspresi gen ciri tersebut. Komponen YLD kecuali bilangan buah (NF) berkorelasi secara positif dan signifikan dengan YLD manakala ciri pertumbuhan pula berkorelasi secara negatif dan signifikan dengan YLD. Aksesi terung tempatan dikelaskan kepada empat kumpulan dengan kumpulan IV (DINO 03-0056, DINO 03-0222, NTH 08-0131 MTe-01 dan MTe-02) berpotensi sebagai induk bagi menjana progeni berhasil tinggi berdasarkan nilai min tertinggi bagi YLD dan komponen YLD. Penilaian kerintangan aksesi terung tempatan terhadap jangkitan RKN seterusnya mendapati kebanyakan aksesi menunjukkan simptom puru akar kecuali aksesi S. torvum (NTH 08-0024 dan NTH 08-0041). Dua aksesi didapati rintang terhadap jangkitan RKN (DINO 03-0200 dan DINO 03-0056) manakala aksesi NTH 08-0131 dikelaskan sebagai toleran. Berdasarkan kajian terdahulu, dua aksesi rintang (DINO 03-0200/P1 dan DINO 03-0056/P2) telah dikacuk silang dengan dua aksesi berhasil tinggi (MTe-01/P3 dan MTe-02/P4) bagi menghasilkan progeni berhasil tinggi dan rintang terhadap jangkitan RKN. Dua belas kombinasi progeni telah dihasilkan iaitu P1 ?� P2, P1 ?� P3, P1 ?� P4, P2 ?� P1, P2 ?� P3, P2 ?� P4, P3 ?� P1, P3 ?� P2, P3 ?� P4, P4 ?� P1, P4 ?� P2 dan P4 ?� P3. Kesemua induk dan progeni F1 ditanam di plot penyelidikan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Serdang untuk penilaian ciri kualitatif dan kuantitatif bagi menganggarkan kesan heterosis, keupayaan gabungan am (GCA) dan keupayaan gabungan khusus (SCA), kesan salingan, kesan maternal dan tak maternal. Hasil kajian mendapati induk P2 mempunyai beberapa ciri yang lebih unggul berbanding induk lain berdasarkan nilai min tertinggi bagi ciri PH (PH), lebar daun (LW), berat buah (FW), ukur lilit buah (FG) dan YLD. Analisis GCA turut mendapati induk P2 menunjukkan nilai positif tertinggi bagi kebanyakan ciri yang dikaji iaitu DTF, PG, LL, FW, FG dan YLD. Induk P2 turut menunjukkan turut kesan maternal yang signifikan dan sesuai dijadikan sebagai induk maternal dalam program pembiakbakaan. Hasil kacukan melibatkan induk P2 ?� P4 menghasilkan progeni F1 unggul dengan nilai tertinggi bagi ciri DTF, FG dan YLD berdasarkan nilai tengah induk (MP) dan nilai induk tertinggi (BP). Kombinasi kacukan ini juga menunjukkan nilai SCA yang kuat bagi ciri DTF, PH, FG dan YLD menjadikannya kacukan yang paling sesuai untuk diketengahkan. Kajian lanjut mengenai program pembiakbakaan dan pemilihan progeni terung unggul dengan potensi hasil yang tinggi dan rintang terhadap serangan RKN perlu diteruskan agar industri terung negara terus berkeupayaan saing.,Sarjana Sains
Pages: 145
Call Number: SB351.E5M634 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kepelbagaian genetik kerintangan terhadap nematod puru akar meloidogyne incognita dan prestasi generasi f1 kacukan dwialel terung.pdf
  Restricted Access
Full-text3.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.