Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475944
Title: Pelaksanaan Latihan Praktikum Bimbingan Dan Kaunseling Di Unit Kaunseling Dan Kerjaya Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Zainab Binti Ismail
Supervisor: Prof. Datin Dr. Amla Mohd. Salleh
Keywords: Pelaksanaan
Latihan
Praktikum
Counseling -- Vocational guidance -- Malaysia.
Issue Date: 16-Jun-2008
Description: Laporan praktikum ini akan mengemukakan pengalaman yang dilalui oleh kaunselor pelatih dalam latihan praktikum bimbingan dan kaunseling di Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK), Universiti Kebangsaan Malaysia . Tujuan laporan praktikum ini adalah untuk memperihalkan pelaksanaan latihan praktikum bimbingan dan kaunseling yang dilakukan dalam kalangan klien di ~ dalam tempoh 24 minggu. Untuk mencapai tujuan ini, 25 orang klien telah diterima untuk mengikuti kaunseling individu dan 25 orang telah diterima untuk mengikuti kaunseling kelompok. Data berkaitan klien dikumpul melalui borang saringan awal kaunseling, pita rakaman, borang bio-psiko-sosial, dan buku log, serta dianalisis secara deskriptif. Teori yang diaplikasikan dalam latihan praktikum ini ialah terapi pemusatan klien, terapi realiti, dan terapi rasional-emotif. Laporan praktikum ini juga menunjukkan majoriti daripada klien adalah berumur antara 22-24 tahun, dan wanita. Dari segi masalah, majoriti daripada klien menunjukkan mempunyai masalah berkaitan akademik. Laporan praktikum ini juga menunjukkan terdapat tujuh aktiviti praktikum yang telah dilaksanakan iaitu; 47 sesi kaunseling individu dan 15 sesi kaunseling kelompok, 12 sesi aktiviti bimbingan, 52 jam 40 minit perundingan, 309 jam 10 minit pentadbiran dan pengurusan, 2 jam 30 minit ujian psikologi, 20 jam penyediaan laporan, dan 37 jam 25 minit penyediaan log harian. Secara keseluruhan, laporan praktikum ini merumuskan bahawa aktiviti-aktiviti praktikum yang dilaksanakan oleh kaunselor pelatih adaJah memenuhi keperluan dan kandungan program latihan bimbingan dan kaunseling.,Sarjana Pendidikan
Pages: 192
Call Number: LB1027.5.Z338 2008 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.