Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475940
Title: Spiritualiti Islam Dan Falsafah Perennial Dalam Perspektif Seyyed Hossein Nasr
Authors: Abdul Adhim
Supervisor: Prof. Dr. Idris Zakaria
Keywords: Spiritualiti
Falsafah
Perspektif
Seyyed Hossein Nasr
Islam and philosophy
Issue Date: 6-May-2003
Description: Penyelidikan ini merupakan suatu usaha untuk mengkaji pemikiran Seyyed Hossein Nasr, terutamanya yang terhubungkait dengan konsep beliau mengenai spiritualiti Islam dan Falsafah Perennial. Objektifkajian ini ialah mengenal pasti makna, sejarah dan konsep Falsafah Perennial dalam pemikiran Nasr, mengkaji konsep spiritualiti Islam dan hubungannya dengan Falsafah Perennial dalam pemikirannya, mengkaji sumbangan pemikirannya dalam dunia Islam dan dunia moden serta menganalisis pemikiran dan mendedahkan kritikan-kritikan terhadap konsep beliau mengenai spiritualiti Islam yang dihubungkaitkan dengan Falsafah Perennial. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan yang diasaskan ke atas karya-karya Nasr dan karya- karya para pengkaji mengenai beliau. Data-data tersebut kemudian dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan dan analisis perbandingan untuk dapat memberikan penjelasan dan penilaian terhadap tulisan-tulisan beliau serta dapat mendedahkan pengaruh beliau dan kritikan-kritikan terhadap konsepnya. Hasil kajian ini mendapati bahawa Nasr mempunyai komitmen yang kuat dalam mempertahankan dan mengembangkan tasawuf. Ketika raqmai pemikir mengatakan bahawa kemunduran Islam disebabkan oleh ajaran-ajaran dalam tasawuf, maka Nasr begitu semangat tampil membela tasawuf dan mengatakan bahawa kemuduran Islam malahan disebabkan oleh penolakan manusia terhadap ajaran-ajaran tasawuf. Konsep tasawuf dalam pemikiran Nasr juga dihubungkaitkan dengan situasi dan isu-isu semasa sehingga Nasr akhirnya menjadi pengkritik yang paling tajam terhadap Barat dan segala yang terhubungkait dengan modenisme. Kajian ini juga mendapati bahawa konsep spiritualiti Islam dalam pemikiran Nasr juga dihubungkaitkan dengan Falsafah Perennial. Oleh itu, konsep spiritualiti Islam dalam pemikiran Nasr juga menyetujui fahaman pluralisme. Sebagai ekoran permasalahan ini, meskipun Nasr memposisikan dirinya sebagai pemikir Neo- Tradisionalisme, sebahagian pengkaji masih memasukkannya dalam kelompok pemikir liberal. Pada masa yang sama, Nasr dengan tegas menolak idea Islam Liberal kerana bersumber dari modenisma dan merupakan pendekatan yang dangkal dan kabur terhadap Islam. Pembaharuan menurut Nasr mesti berasal dari dalam Islam sendiri dan oleh itu Nasr mengasaskan pembaharuannya ke atas metafizik Islam.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 258
Call Number: BP163.A225 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.