Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475937
Title: | Pengaruh bengkel merancang kerjaya terhadap motivasi belajar di kalangan pelajar berpencapaian rendah |
Authors: | Suhaimi bin Zaman |
Supervisor: | Prof. Madya Datin Dr. Aml binti Mohd Salleh |
Keywords: | Kerjaya Pelajar Motivasi Underachievers -- Education -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Nov-2006 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk melihat profil pelajar dan pengaruh bengkel merancang kerjaya terhadap motivasi belajar di kalangan pelajar berpencapaian rendah. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimental mengikut rekabentuk pra ujian- pasca ujian tanpa kumpulan kawalan. Seramai 40 orang pelajar tingkatan 4 (21 orang lelaki dan 19 orang perempuan) dari sebuah sekolah menengah luar bandar di Muar, Johor telah mengikuti bengkel kerjaya satu hari dengan menggunakan modul merancang kerjaya. Data telah dikumpulkan menggunakan soal selidik yang mengandungi empat bahagian iaitu (i) borang maklumat diri pelajar, (ii) borang pra ujian, (iii) borang pasca ujian dan (iv) borang maklumbalas bengkel merancang kerjaya. Indeks reliabiliti soal selidik ialah 0.7625. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif (min) dan inferensi (ujian t) . Dapatan menunjukkan perbezaan min yang signifikan pada semua aspek yang diukur. Min pasca-ujian adalah lebih besar daripada min pra-ujian pada tahap aras signifikan 0.05. Ini menunjukkan bahawa bengkel merancang kerjaya mempunyai pengaruh positif. Dapatanjuga menunjukkan perbezaan min aspek teknikal (iaitu elemen personaliti kerjaya dan kod kerjaya) yang paling tinggi berbanding dengan aspek yang lain. Subjek bersetuju bahawa bengkel merancang kerjaya ini dapat mempertingkatkan motivasi belajar serta membantu mereka dalam merancang kerjaya masa depan.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 116 |
Call Number: | LC4697.M4.S845 2003 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.