Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475930
Title: Leaf anatomy and micromorphology of some genera in Tiliaceae
Authors: Nurhanim Mohamed Noor
Supervisor: Noraini Talip, Dr.
Keywords: Anatomy
Micromorphology
Genera
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 29-Dec-2011
Description: Kajian anatomi dan mikromorfologi daun telah dijalankan terhadap tiga genus dalam Tiliaceae. Sebanyak 26 spesies telah dipilih dalam kajian ini iaitu tiga spesies dalam Colona, 18 spesies Pentace dan lima spesies Schoutenia. Objektif kajian ialah untuk melihat variasi dan persamaan dalam ciri anatomi dan mikromorfologi daun seperti jenis stomata, jenis trikom, anatomi petiol, anatomi tulang daun, ciri anatomi tepi daun, ciri anatomi lamina, omamentasi kutikel, corak peruratan daun dan sebagainya. Hasil kajian boleh digunakan untuk pengecaman di peringkat genus dan spesies, dan juga dibandingkan dengan pengelasan sedia ada berdasarkan ciri morfologi dan data molekul atau jujukan bes. Kaedah yang digunakan ialah kaedah kajian anatomi yang melibatkan hirisan dengan mikrotom gelongsor, penjemihan dan siatan epidermis daun manakala kaedah kajian mikromorfologi pula melibatkan imbasan lamina daun di bawah mikroskop imbasan elektron. Hasil kajian menunjukkan kehadiran enam jenis stomata iaitu anomositik, parasitik, diasitik, anisositik, tetrasitik dan staurositik. Lebih daripada 30 jenis trikom, lima corak berkas vaskular pada tulang daun dan petiol, 11 bentuk luaran tulang daun, empat bentuk tepi daun, lima corak omamentasi kutikel dan dinding antiklin, kehadiran sel atau salur musilaj dan juga hablur telah dicerap. Ciri sepunya yang diperolehi dalam kajian ini adalah kehadiran sel atau salur musilaj dan juga kehadiran hablur pada semua spesies kajian. Terdapat 10 ciri yang boleh membezakan antara genus Colona, Pentace dan Schoutenia iaitu corak dinding antiklin pada permukaan epidermis adaksial dan abaksial, jenis stomata, kehadiran floem interxilari danfloem intraxilari pada berkas vaskular petiol, bentuk luaran tulang daun, bentuk tepi daun, kehadiran kelompok sel sklerenkima pada permukaan adaksial tulang daun, kehadiran sel musilaj pada lamina dan salur musilaj pada petiol, kehadiran sel kolenkima lamela pada tulang daun dan juga jenis trikom. Genus Colona boleh dibezakan dengan genus lain melalui corak dinding antiklin permukaan epidermis abaksial, kehadiran stomata parasitik, floem interxilari pada petiol, kelompok sel sklerenkima pada permukaan adaksial tulang daun, bentuk luaran tulang daun dan tepi daun. Genus Pentace memiliki corak dinding antiklin permukaan epidermis abaksial yang lurus hingga melengkung serta kehadiran enam jenis stomata. Genus Schoutenia dapat dibezakan melalui corak dinding antiklin permukaan epidermis adaksial dan abaksial, kehadiran stomata parasitik dan anisositik, ketidakhadiran sel atau musilaj pada lamina dan petiol, dan kehadiran trikom jenis stelat lengan pipih bergelung. Terdapat beberapa spesies yang dapat dibezakan dan dicamkan melalui ciri anatomi dan mikromormorfologi daun iaitu C. celebica, P. borneensis, P. hirtula, P. grandiflora, S. accrescens subsp. accrescens dan S. accrescens subsp. stellata. Kesimpulannya kajian ini telah dapat membuktikan bahawa penggunaan gabungan ciri anatomi dan mikromorfologi daun boleh digunakan untuk membezakan genus dan spesies kajian serta boleh digunakan sebagai data tambahan dalam pengelasan.,Sarjana Sains
Pages: 374
Call Number: QK495.T5N845 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.