Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475929
Title: | Konsep Al-Tasfiyah (Pemurnian) Dalam Akidah Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah |
Authors: | Sakinah Binti Saptu |
Supervisor: | Dr.Azwira Abd. Aziz |
Keywords: | Al-Tasfiyah Akidah Al-Quran Al-Sunnah Islam -- Doctrines |
Issue Date: | 11-Aug-2011 |
Description: | Kajian dijalankan bagi memperkenalkan konsep al-Tasfiyah dan menunjukkan bahawa ia adalah manhaj para Nabi dalam berdakwah dan bukan ideologi yang dibawa oleh mana-mana pihak atau gerakan. Dari sudut yang lain pula, ia bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman dan akidah masyarakat Islam. Untuk mencapai tujuan tersebut, kajian yang hanya memfokuskan kepada al- Tasfiyah dalam akidah ini dilakukan menggunakan metode analisis kandungan dengan memilih al-Sahlbain sebagai sample kajian. Manakala pengumpulan data pula dilakukan menerusi kaedah takhrij hadis berkomputer dan tradisi. Kajian pengkaji terhadap ayat al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w. telah berjaya mengumpulkan sebanyak 24 ayat al-Qur'an dan 48 buah hadis yang menunjukkan kepada konsep al-Tasfiyah dalam akidah. Penting untuk dinyatakan bahawa jumlah itu bukanlah menggambarkan keseluruhan ayat al- Qur'an dan hadis berkaitan pentasfiyahan akidah tetapi lebih kepada sekadar untuk membuktikan kewujudannya dalam al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w. Maka melalui kajian dan pengumpulan tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa konsep al-Tasfiyah layak dikategorikan sebagai epistemologi Islam dan ia merupakan manhaj dakwah para Nabi yang terkandung dalam al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w. Kajian juga berjaya memperlihatkan bahawa ia bukan satu ideologi mahupun teori yang dibangunkan oleh mana-mana tokoh untuk menyokong perjuangan mereka dalam mengislahkan masyarakat Islam. Di samping itu, ia juga menunjukkan bahawa al- Qur'an dan hadis Nabi s.a.w. terlebih dahulu telah memanifestasikan konsep al- Tasfiyah dalam usaha mendidik manusia ke arahjati diri Muslim yang sebenar.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 188 |
Call Number: | BP165.5.S235 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.