Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475926
Title: Penghayatan Islam Dan Efikasi Kendiri Berdakwah Dalam Kalangan Penggerak Masyarakat Orang Asli Di Negeri Sembilan Darul Khusus
Authors: Che Musa Bin Che Hamat
Supervisor: Prof. Madya Dr. Abd. Ghafar bin Hj. Don
Keywords: Penghayatan
Berdakwah
Masyarakat
Orang Asli
Da'wah (Islam)
Issue Date: 1-Jul-2014
Description: Penggerak Masyarakat Orang Asli merupakan golongan pendakwah yang dilantik oleh kerajaan untuk menyampaikan seruan Islam kepada masyarakat Orang Asli. Sebagai pendakwah mereka perlu mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. Mereka juga perlu melengkapkan diri dengan keperibadian yang unggul di samping memiliki penghayatan agama yang mantap. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan meninjau penghayatan Islam di kalangan Penggerak Masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan dalam aspek akidah, ibadah dan akhlak di samping kajian tentang efikasi kendiri dalam melaksanakan dakwah. Objektif kajian ini juga adalah untuk melihat profil masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan. Pelaksanaan kajian adalah berbentuk kajian lapangan melalui kaedah soal selidik terhadap 17 orang Penggerak Masyarakat Orang Asli yang sedang bertugas di Negeri Sembilan dan disusuli dengan temu bual pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Sembilan (lliEOANS). Kajian kepustakaan juga turut digunakan untuk melengkapkan kajian lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa penghayatan Islam di kalangan responden adalah tinggi di samping mempunyai efikasi kendiri yang positif dalam menyampaikan dakwah. Kesedaran mereka untuk meningkatkan kualiti kerja dan dakwah juga tinggi berdasarkan kepada lebih daripada 80% berminat untuk menghadiri kursus motivasi dan kursus yang berkaitan dengan kerjaya. Penemuan juga menunjukkan bahawa masyarakat Orang Asli Suku Temuan merupakan penduduk paling ramai diikuti oleh Orang Asli Suku Semelai. Kebanyakan mereka masih lagi berpegang teguh dengan kepercayaan, budaya, pantang larang dan amalan tradisi nenek moyang mereka dalam kehidupan seharian.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 114
Call Number: BP170.85.C375 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.