Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475924
Title: Pengenalpastian Ciri Kualiti Padi Menggunakakn Analisis Fenotip Dan Penanda Molekul Pada Varieti Padi Malaysia
Authors: Nur Samahah bt Mohd Zainual@Zanuar
Supervisor: Dr. Ismanizan Ismail
Keywords: Padi
Fenotip
Malaysia
Plant molecular geneties -- Malaysia
Issue Date: 24-Jun-2011
Description: Di Malaysia, program pembiakbakaan masih banyak bergantung pada pembiakbakaan secara konvensional. Ciri aroma, kandungan amilos dan pemanjangan kernel, adalah an tara ciri-ciri utama padi berkualiti tinggi. Untuk ciri-ciri ini, penyaringan secara konvensional didapati rumit dan banyak kelemahannya. Kaedah penanda yang cepat dan tepat sangat perlu untuk menggantikannya. Kajian ini dilakukan untuk menguji beberapa penanda molekul untuk ciri kualiti pada varieti padi Malaysia dan mengenalpasti fenotip ciri kualiti yang dibawa. Dalam kajian ini, kaedah secara konvensional dan molekular dijalankan. Bagi kaedah molekular, tindak balas berantai polimerase (PCR) DNA genom diaplikasikan. DNA genom daripada sampel daun padi diekstrak dan dijadikan sebagai templat dalam tindak balas PCR. Bagi ciri aroma, daripada 5 set pencetus yang pernah diuji, pencetus ESP, EAP, INSP dan IFAP yang telah dikenalpasti sebagai penanda yang sempurna digunakan untuk menyaring dan mengenalpasti genotip bagi 79 varieti padi Malaysia dan 2 padi antarabangsa. Hasil analisis PCR bagi ciri ini menunjukkan sebanyak 13 varieti telah dikenalpasti sebagai varieti yang beraroma, 66 varieti tidak beraroma dan 2 varieti padi sebagai individu heterozigot. 97.4% cerapan didapati konsisten antara genotip dan fenotip. Set pencetus ESP, EAP, INSP dan IFAP yang sedia ada sangat ideal untuk menyaring ciri ini kerana penanda molekul ini berada di dalam gen aroma itu sendiri dan dapat membezakan genotip homozigot dan heterozigot. Bagi ciri kandungan amilos pula, set pencetus SBE] CAPS diuji untuk menyaring ciri ini dan didapati 50 varieti membawa nukleotida T dan 31 membawa nukleotida C. Namun, pencetus ini didapati tidak efektif untuk mengenalpasti ciri kandungan amilos ini selepas perbandingan dengan data fenotip dilakukan. Melalui ujian ASV, 19 varieti mempunyai kandungan amilos yang rendah, 6 varieti sederhana dan selebihnya membawa kandungan arnilos sederhana/tinggi. Didapati ujian ASV juga tidak dapat menyaring ciri ini dengan baik. Kaedah kolorimetri dan penggunaan Flow Injection Analyser adalah lebih tepat untuk ciri ini. Sebanyak 9 set pencetus telah diuji bagi ciri pemanjangan kernel dan didapati produk PCR tidak dapat menunjukkan perbezaan jalur yang jelas antara varieti yang mempunyai dan tidak mempunyai ciri ini menggunakan gel agarosa. Oleh itu, produk PCR menggunakan pencetus RM211 dan RM44 daripada kedua-dua jenis varieti telah dijujuk secara berautomasi untuk melihat motif ulangannya pada empat varieti iaitu Basmati 370, Mahsuri Mutan, MRQ50 dan MR219. Daripada analisis penjujukan mendapati, saiz setiap jujukan bagi semua varieti berbeza <lObp. Oleh sebab itu, tiada perbezaan dapat dicerap menggunakan gel agarosa. Penggunaan gel poliakrilamida adalah lebih sesuai untuk penanda ini. Motif ulangan bagi keempat-empat varieti pula didapati berbeza dengan jujukan ulangan bagi kedua-dua pencetus kecuali jujukan Mahsuri Mutan bagi pencetus RM211. Maka, jujukan yang ditemui tidak menepati sasaran ulangan yang dicari di mana motif ulangan tidak lengkap yang disebabkan oleh penggelincirarr DNA diperolehi. Ujian makmal pula mendapati 19 daripada 38 varieti yang diuji mempunyai nisbah pemanjangan kernel yang baik. Disimpulkan bahawa, bagi ketiga-tiga ciri, hanya ciri aroma mempunyai penanda molekul yang baik untuk menyaring ciri ini. Daripada analisis fenotip, didapati varieti tempatan Malaysia juga ban yak yang membawa ciri kualiti yang baik dan berpotensi untuk diekploitasi dalam program pembiakbakaan padi.,Sarjana Sains
Pages: 127
Call Number: QK981.4.N847 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.