Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475908
Title: Simulasi Pasang Surut Barotropik Di Perairan Semenanjung Malaysia
Authors: Lee Siew Jiuan
Supervisor: Dr. Liew Juneng
Keywords: Simulasi
Pasang
Surut
Barotropik
Tiles -- Malaysia
Issue Date: 30-Nov-2020
Description: Dinamik pasang-surut di kawasan persisiran pantai di Semenanjung Malaysia dikaji melalui simulasi berangka dengan menggunakan Princeton Ocean Model (PaM) yang diringkaskan kepada versi dua-dimensi, Model dengan grid mendatar yang beresolusi 1/180 x 1/180 (kira-kira 6 km) digunakan dalam kajian ini. Batimetri dibangunkan dengan menggunakan set data ETOP02 dari National Geophysical Data Center (NGDC) yang kemudian diinterpolasikan kepada grid model. Sempadan-sempadan paM didaya dengan lapan komponen pasang-surut utarna (M2, S2, N2, K2, K1, 01, PI, dan Q1) yang diperolehi dari Oregon State University (OSU) global inverse tidal model (TPX07.2). Anjakan fasa dan pembetulan modulasi nodal dilakukan ke atas arnplitud dan fasa pasang-surut sebelum dimasukkan ke dalam model. Tujuan utama anjakan fasa adalah untuk memastikan fasa pasang-surut yang akan dimasukkan ke dalarn model konsisten dengan fasa pasang-surut data cerapan. Manakala pembetulan modulasi nodal dijalankan ke atas komponen pasang-surut lunar sahaja untuk meningkatkan ketepatan hasil simulasi. Data ketinggian aras laut setiap jarn dari 11 stesen tolok pasang-surut yang terletak di sekitar Semenanjung Malaysia dipero1ehi dari University of Hawaii Sea Level Center (UHSLC). Analisis harmonik dilakukan ke atas data cerapan untuk mengecualikan pengaruh daripada angin serta komponen- komponen pasang-surut lain yang tidak diperlukan. Pengesahan model terhadap data cerapan menunjukkan korelasi yang tinggi di kebanyakan stesen kecuali beberapa stesen yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Nilai perbezaan punca kuasa dua min (RMSD) tertinggi bagi komponen semidiurnal dan diurnal dicatatkan di Tg. Keling dan Tg. Sedili masing-masing. Siri masa di dua stesen tersebut menunjukkan bahawa arnplitud dari hasil simulasi model kurang konsisten dengan data cerapan. Komponen pasang-surut M2 menunjukkan perbezaan yang lebih besar dalarn nilai RMSD disebabkan oleh kesensitifannya kepada topografi dasar laut berbanding dengan komponen-komponen yang lain. Eksperimen ini menunjukkan bahawa komponen M2 merupakan komponen pasang-surut yang paling kuat di kawasan kajian ini. Ia menjadi semakin kuat dan mencapai arnplitud maksimum apabila memasuki Selat Melaka akibat daripada kesan kesempitan. Walau bagaimanapun, komponen M2 lebih lemah di pantai timur Semenanjung Malaysia berbanding dengan komponen diurnal. Komponen K1 dan PI yang mempunyai magnitud yang hampir sarna, merupakan komponen pasang-surut diurnal yang paling dominan di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Corak yang sarna boleh diperhatikan dalarn arus dan fluks tenaga pasang-surut, di mana arus dan fluks tenaga bagi komponen semi diurnal lebih kuat di pantai barat manakala komponen diurnal lebih signifikan di sebelah pantai timur. Nisbah pasang-surut menunjukkan jenis pasang-surut semidiurnal adalah dominan di pantai barat manakala jenis carnpuran, sarna ada semidiurnal atau diurnal adalah dOI~inan di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia.,Sarjana Sains
Pages: 62
Call Number: GC301.2.L434 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.