Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475904
Title: | Analisis keserasian kacukan dan pendekatan molekul dalam penjanaan penanda jenis pengawanan untuk menyaring spesies ganoderma yang patogen |
Authors: | Doris Lau (P78458) |
Supervisor: | Farah Diba Abu Bakar, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Kelapa sawit Ganoderma Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Jul-2022 |
Description: | Industri kelapa sawit (Elaies guineensis) merupakan salah satu industri penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia. Namun begitu, kulat tetrakutub Ganoderma boninense menyerang pokok kelapa sawit dengan menyebabkan penyakit reput pangkal batang (BSR) justeru mengakibatkan kerugian besar terhadap hasil kutipan sawit setiap tahun. Kepatogenan G. boninense terhadap kelapa sawit bergantung kepada kitar seksual dan pengawanan G. boninense. Untuk pengawanan berlaku, alel pada dua lokus pengawanan (MAT A dan MAT B) harus berbeza. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis keserasian kacukan antara basidiospora daripada satu pencilan Ganoderma sp. yang patogen serta untuk menjana penanda molekul pada lokus MAT A dan MAT B Ganoderma sp. yang patogen. Sejumlah 106 Ganoderma spp. yang patogen dan 2 Ganoderma kawalan disaring dengan penanda molekul yang dijanakan. Ujian keserasian kacukan dijalankan di antara 32 monokarion daripada satu basidiokarp sibling dan sejumlah 82 dwikarion dihasilkan daripada 465 kacukan. Ini mengesahkan bahawa Ganoderma sp. mempunyai sistem pengawanan tetrakutub (17% kacukan positif). Melalui penelitian maklumat pada basidiomiset patogen lain, 14 dan 6 pasangan pencetus masing-masing digunakan untuk mengamplifikasi lokus MAT A dan MAT B pada Ganoderma sp. Lokus MAT B berjaya diamplifikasi dengan pencetus CdSTE3.3 manakala lokus MAT A tidak berjaya diamplifikasi. Kawasan amplikasi dianotasi sebagai gen reseptor feromon GPRB2 Ganoderma melalui pangkalan data Ganoderma ACGT. Amplifikasi PCR dijalankan pada semua monokarion, dwikarion, 106 pencilan Ganoderma sp. yang patogen serta 2 Ganoderma kawalan menggunakan pasangan pencetus baharu untuk GPRB2. Tiada amplikon dihasilkan untuk G. lucidum yang tidak patogen terhadap kelapa sawit dan ini mencadangkan bahawa pencetus adalah spesifik terhadap Ganoderma sp. yang patogen sahaja. Analisis BLASTN pada kawasan yang diamplifikasi menunjukkan identiti jujukan yang tinggi dengan gen reseptor feromon CPRa1p G. boninense Q9C1Q9 (GenBank LR727589.1). Menariknya, analisis filogenetik kawasan GPRB2 untuk 107 Ganoderma spp. yang patogen menunjukkan klad dengan hubungan evolusi yang rapat. Analisis filogenetik menggunakan jujukan asid amino kawasan GPRB2 dengan reseptor feromon basidiomiset lain menunjukkan bahawa reseptor feromon Ganoderma berada dalam klad kulat Polyporales. Kesimpulannya, penanda molekul yang dijana mempunyai potensi untuk digunakan dalam pengesanan infeksi Ganoderma sp. patogen dalam kelapa sawit.,Sarjana Sains |
Pages: | 142 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Analisis keserasian kacukan dan pendekatan molekul dalam penjanaan penanda jenis pengawanan untuk menyaring spesies ganodema yang paytogen.pdf Restricted Access | Partial | 408.27 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.