Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475889
Title: Komposisi spesies pokok, struktur hutan dan fiziko-kimia tanah di tiga habibat kelip-kelip terpilih di Semenanjung Malaysia
Authors: Siti Nur Fatehah Radzi (P94760)
Supervisor: Shamsul Khamis, Dr.
Keywords: Mangrove ecology
Fireflies
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Jan-2021
Description: Kajian komposisi spesies pokok, struktur hutan, peralihan spesies tumbuhan di sepanjang sungai serta ciri-ciri fizikal dan kimia tanah telah dijalankan di habitat kelip-kelip bagi mengetahui ciri-ciri ekologi pokok di tiga batang sungai berbeza iaitu Sungai Chukai, Kemaman, Terengganu (SC), Sungai Rembau,Linggi, Negeri Sembilan (SRL) dan Sungai Sepetang, Taiping Perak (SS). Sepuluh buah plot yang berukuran 25 m x 20 m telah dibina dimana lima plot dibina di tebing sebelah kiri dan lima buah plot lagi dibina di tebing sebelah kanan sungai dengan jarak antara plot sebanyak 3 km bagi setiap sungai yang terpilih. Kesemua pokok yang berdiameter paras dada (DBH) 1 cm dan ke atas diukur, ditanda, dicam dan direkodkan. Bagi analisis kekonduksian elektrik air, sampel air diambil di permukaan air sungai manakala sampel tanah lapisan atas (0-20 cm) diambil di setiap plot kajian untuk menentukan ciri fizikal tanah seperti tekstur tanah dan kandungan organik serta penentuan ciri kimia tanah iaitu pH tanah, Kapasiti Pertukaran Kation (KPK), kandungan nutrien tersedia serta kekonduksian elektrik tanah. Sejumlah 1523 individu pokok mewakili 20 famili, 33 genus dan 47 spesies. SC merekodkan bilangan individu dan spesies tertinggi dengan masing-masing berjumlah 647 individu dan 40 spesies diikuti SRL dengan 362 individu dan 17 spesies manakala SS mencatatkan 514 individu dan 13 spesies. Secara keseluruhannya, Rhizophoracea merupakan famili terbesar dengan empat genus dan lapan spesies dilaporkan. Famili ini mempunyai kepadatan, kekerapan dan luas pangkal tertinggi direkodkan di keseluruhan kawasan kajian. Selain itu, Rhizophora apiculata merupakan spesies terpenting di SRL dan SS dengan nilai Indeks Kepentingan (IVi) sebanyak 32.56% dan 42.52% manakala Xylocarpus granatum sebagai spesies terpenting dengan nilai IVi sebanyak 16.60% yang direkodkan di SC. Tambahan pula, jumlah biojisim keseluruhan yang dicatatkan bagi SRL, SS dan SC masing-masing adalah 321.21 tan/ha, 247.21 tan/ha dan 210.36 tan/ha. Nilai bagi Indeks kepelbagaian Shannon (H’) di ketiga-tiga kawasan kajian adalah berjulat antara 1.43-2.82, di mana menggambarkan kepelbagaian spesies pokok di kawasan kajian adalah tinggi. Selain itu, analisis rarefaksi (rarefaction) dilakukan dengan menggunakan perisian R versi 3.6.1 dalam pakej vegan. Hasil keputusan menunjukkan SC mempamerkan kekayaan spesies tertinggi berbanding SRL dan SS. Profil hutan menunjukkan peralihan spesies tumbuhan yang jelas bermula daripada kawasan muara sungai yang didominasi oleh spesies Rhizophora apiculata, Rhizophora mucronata dan Xylocarpus granatum, manakala di kawasan hulu sungai merekodkan kehadiran spesies lain seperti Hibiscus tiliaceus, Barringtonia racemosa, dan Sonneratia caseolaris. Seterusnya, SC mencatatkan nilai bacaan kekonduksian elektrik air yang tertinggi dan SRL didominasi oleh tekstur liat keseluruhanya. Analisis Kesepadanan Berkanonik (CCA) menunjukkan bahawa terdapat hubungkait faktor kekonduksian elektrik terhadap taburan komuniti pokok apabila mencatatkan varians yang tinggi iaitu 67% pada paksi pertama dan 42% pada paksi kedua. Selain itu, analisis ini menunjukkan hubungkait antara ciri-ciri tanah dan kepelbagaian corak flora pokok. Kesimpulan yang boleh dibuat daripada hasil kajian ini adalah pengaruh faktor persekitaran seperti tahap kandungan garam, ciri-ciri fizikal dan kimia tanah mempengaruhi taburan spesies pokok dari kawasan muara sungai sehingga ke hulu sungai dimana sangat penting terutama dalam usaha memelihara dan memulihara ekosistem hutan bakau yang berfungsi sebagai habitat serangga kelip-kelip.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana Sains
Pages: 182
Call Number: QH541.5.M27S568 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Komposisi spesies pokok struktur hutan dan fiziko kimia tanah di tiga habitat kelip-kelip terpilih di Semenanjung Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial343.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.