Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475888
Title: Profil kimia dan kesan terapeutik ekstrak etanolik kunyit hitam (curcuma caesia roxb.) ke atas tikus obes diabetik
Authors: Nurul Najiha Ain Ibrahim (P94284)
Supervisor: Hafeedza Abdul Rahman, Dr.
Keywords: Herbs -- Therapeutic use
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Jun-2021
Description: Diabetes melitus telah menunjukkan trend peningkatan di serata dunia dan berada di tahap yang membimbangkan. Curcuma caesia atau lebih dikenali sebagai kunyit hitam dikesan mempunyai keupayaan antidiabetik. Dalam kajian ini, kesan pengeringan ketuhar (PK) dan sejuk beku (PSB) serta penggunaan nisbah pelarut berbeza (etanol:air 100:0, 80:20, 50:50 dan 0:100) terhadap kandungan fenolik jumlah (TPC), aktiviti antioksidan (DPPH dan FRAP) dan antidiabetik ekstrak daun serta rizom C. caesia telah dikenalpasti. Keputusan kajian mendapati kedua-dua faktor tersebut memberikan kesan signifikan (p<0.05) terhadap TPC dan bioaktiviti ekstrak rizom C. caesia, manakala bagi sampel daun pula, faktor pengeringan tidak mempengaruhi (p>0.05) hasil TPC dan DPPH. Ekstrak rizom PSB 100:0 merupakan ekstrak paling aktif dengan nilai TPC (45.38�2.10 mgGAE/g ekstrak), FRAP (147.73�8.26 mgTAE/g ekstrak) dan perencatan α-glukosidase (76.02�4.80%) mengatasi ekstrak lain. Sampel dipilih untuk penilaian selanjutnya menggunakan pendekatan metabolomik proton resonans magnet nukleus (1H NMR) berdasarkan aktiviti perencatan α-glukosidase tertinggi yang ditunjukkan oleh ekstrak. Hasil mendapati ekstrak rizom PSB mengatasi aktiviti perencatan oleh ekstrak lain (rizom PK, daun PSB dan PK) dengan nilai IC50 yang lebih rendah (p<0.05) iaitu 265.46�38.62 μg/mL. Maka ekstrak rizom PSB 100:0, 80:20, 50:50 dan 0:100 dipilih untuk objektif kedua iaitu pengenalpastian metabolit penyumbang kepada bioaktiviti yang diukur dengan menggunakan 1H NMR. Analisis komponen prinsipal (PCA) menunjukkan empat kluster yang jelas memisahkan setiap ekstrak, manakala analisis separa kuasa dua terkecil (PLS) mempamerkan korelasi ekstrak dengan bioaktiviti kajian serta metabolit yang menyumbang kepada bioaktiviti tersebut. Metabolit 1-(4-hidroksi-3,5-dimetoksifenil)-7-(4-hidroksi-3-metoksifenil)-(lE,6E)-1,6-heptadiena3,4-dione dan curdione iaitu penyumbang terbesar aktiviti perencatan α-glukosidase dikesan tertinggi (p<0.05) dalam ekstrak 100:0. Oleh itu, ekstrak PSB 100:0 telah dipilih untuk kajian in-vivo ke atas tikus Sprague Dawley obes diabetik teraruh diet tinggi lemak dan streptozotosin dos rendah. Ekstrak etanolik (200 dan 400 mg/kg berat badan) berjaya menurunkan paras glukosa lebih daripada 20% selepas 6 jam ekstrak diberikan, manakala bagi ujian kadar toleransi glukosa (OGTT) pula, paras glukosa mula menurun selepas sejam digavaj, sama seperti kesan rawatan metformin. Selain itu, ujian profil lipid menunjukkan paras jumlah trigliserida (TG), lipoprotein berketumpatan rendah (LDL), nisbah kolesterol yang lebih rendah serta jumlah lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) yang lebih tinggi oleh ekstrak berbanding kumpulan kawalan diabetik. Di samping itu, ekstrak didapati tidak menyebabkan ketoksikan ginjal dan hati. Secara kesimpulannya, ekstrak rizom C. caesia mempunyai potensi digunakan sebagai agen antioksidan dan antidiabetik semula jadi tanpa kesan toksik terhadap pengguna.,Sarjana Sains
Pages: 163
Call Number: RM666.H33N837 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Profil kimia dan kesan terapeutik ekstrak etanolik kunyit hitam (curcuma caesia roxb) ke atas tikus obes diabetek.pdf
  Restricted Access
Partial694.57 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.