Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475886
Title: | Penghasilan bio komposit poliuretana dengan grafin oksida terturun sebagai pengisi oleofilik |
Authors: | Amira Shakim Abdul Shakir (P78250) |
Supervisor: | Khairiah Hj. Badri, Prof. Dr. |
Keywords: | Adsorption Adsorption -- Environmental aspects Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 17-Sep-2020 |
Description: | Peningkatan insiden tumpahan minyak di lautan saban tahun memberikan kesan kepada kehidupan laut akibat pencemaran air. Kaedah penjerapan biasanya digunakan bagi mengatasi masalah ini dan penjerap yang biasanya digunakan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu bahan penjerap mineral seperti tanah liat, bahan penjerap semulajadi seperti serat kayu dan penjerap polimer sintetik berporos seperti poliuretana (PU). Polimer penjerap dalam kajian ini ialah busa PU separa-fleksibel. Ia dihasilkan melalui tindak balas pempolimeran penambahan antara poliol minyak isirung sawit (PKOp) dengan 4,4-metilena difenil diisosianat (MDI). Nisbah percampuran adalah 1:1. Aseton (35 %w/w) ditambah ke dalam MDI dan digunakan sebagai pelarut bagi merendahkan kinetik tindak balas. Agen pembusaan yang digunakan adalah karbon dioksida yang dijana melalui tindak balas antara natrium hidrogen karbonat (NaHCO3) dan air. .Walaubagaimanapun, busa PU ini menunjukkan ciri-ciri hidrofilik yang mengurangkan kecekapan penjerapan minyak. Oleh itu, busa PU hidrofobik dihasilkan dengan penambahan grafin oksida terturun (rGO). Nisbah kepekatan rGO kepada air ditetapkan pada 1:2. Kaedah yang digunakan ialah kaedah rendaman pada masa optimum 30 minit dan dilakukan pada suhu dan tekanan ambien. Busa PU dan busa PU-rGO dicirikan melalui analisis spektroskopi inframerah fourier transform (FTIR), analisis termogravimetri (TGA), mikroskopi elektron imbasan tekanan bolehubah (VPSEM), spektroskopi serakan tenaga (EDX), pembelauan sinar x-ray (XRD), analisis sudut sentuh, dan ujian kapasiti serapan. Ikatan karbonil uretana merupakan ikatan utama dalam PU dan ditentu-sahkan melalui puncak gelombang pada 1729 cm-1. Analisis termogram TGA tidak menunjukkan perubahan yang ketara dengan penambahan NaHCO3. Melalui mikrograf SEM pula, kehadiran liang jelas kelihatan dengan penambahan NaHCO3. Melalui ujian penjerapan minyak, PU-rGO menunjukkan penjerapan yang paling tinggi iaitu 82% penjerapan minyak berbanding busa PU 68%. Persamaan linear daripada model isoterma Langmuir dan Freundlich dianalisis bagi menentukan jenis isoterma penjerapan yang bersesuaian dengan kajian ini. Melalui analisis regresi linear, PU di dalam kajian ini menunjukkan kecenderungan busa PU terhadap model isoterma Langmuir yang mana ini mengandaikan bahawa permukaan penjerap adalah homogen.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana Sains |
Pages: | 67 |
Call Number: | TP156.A35.A465 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penghasilan bio komposit poliuretana dengan grafin oksida terturun sebagai pengisi oleofilik.pdf Restricted Access | Partial | 859.49 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.