Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475882
Title: Aluvium kuaterner di Pontian, Johor : biostratigrafi, sekitaran kuno dan perubahan aras laut kuno
Authors: Abdul Hadi Hashim (P87962)
Supervisor: Habibah Hj Jamil, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sea level
Climatic changes
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Oct-2020
Description: Kefahaman yang lebih mendalam mengenai perubahan aras laut di kawasan Pontian, Johor amat penting kerana kawasan ini terdedah kepada risiko banjir dan penenggelaman persisir pantai pada jangka masa panjang. Penduduk di persisir pantai pula amat terdedah kepada bencana yang berkaitan dengan kenaikan aras laut sejagat. Bagi menangani perkara ini, perancangan dan pengurusan bencana yang lebih baik dapat dilakukan jika terdapat maklumat geologi yang secukupnya mengenai enapan persisir pantai Zaman Kuaterner. Penggunaan bidang yang pelbagai iaitu pendekatan sedimentologi dan paleontologi telah diaplikasikan untuk menaksirkan pola perubahan aras laut di Pontian, Johor. Objektif kajian adalah untuk (i) menaksir fasies sedimen dan kaitannya dengan persekitaran enapan di barat daya Johor, (ii) menentukan biofasies berdasarkan analisis foraminifera, dan (iii) membina model pengenapan berdasarkan fasies sedimen dan biofasies, seterusnya menafsirkan evolusi persekitaran kuno sepanjang Zaman Kuaterner di kawasan barat daya Johor. Huraian sedimentologi dan sekutuan fasies, dan analisis foraminifera telah dijalankan terhadap dua teras gerudi iaitu BH1 dan BH2, yang mana masing-masing berketebalan 42 meter dan 39 meter. Sepuluh fasies sedimentologi dan sekutuannya telah dikenalpasti, iaitu Fasies A (Lempung berorganik), B (Lempung berlaminasi berorganik tinggi), C (Lempung lodak), D (Lempung berkalkar), E (Lempung berbelak), F (Pasir sangat kasar), G (Gambut), H (Paleosol), I (Gambut keras) dan J (Lumpur berkarbon). Empat biofasies foraminifera yang utama telah dikenalpasti pada BH1 dan BH2 iaitu masing- masing sebagai Biofasies I(a) (Biofasies Quinqueloculina – Cibicidoides), Biofacies I( b) (Biofasies Quinqueloculina –Bolivina ), Biofasies I(c) (Biofasies Asterorotalia – Pseudorotalia), Biofacies I(d) (Biofasies Ammonia –Elphidium), dan Biofasies II(a) ( Biofasies Quinqueloculina – Nodosaria ), Biofacies II(b) (Biofasies Asterorotalia – Cibicidoides), Biofasies II(c) (Biofasies Asterorotalia –Pseudorotalia), Biofasies II(d ) (Biofasies Ammonia – Elphidium ). Stratigrafi di kawasan kajian disyorkan sebagai sistem estuari tunggal : pembentukan lembangan estuari kecil yang didominasi oleh arus pasang surut , di dalam lembah kuno yang dibanjiri air, seterusnya diikuti oleh pembentukan gambut di hulu estuari hasil daripada penenggelaman zon supratidal . Perubahan aras laut berskala tempatan hingga berskala lembangan telah dikesan pada enam peringkat evolusi yang berbeza.,Sarjana
Pages: 140
Call Number: GC89.A233 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.