Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475873
Title: | Persepsi literasi fizikal dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah di Kuala Lumpur |
Authors: | Ahla-Wardah Mohd Amin (P76296) |
Supervisor: | Denise Koh Choon Lian, Dr. |
Keywords: | Physical education teachers -- Kuala Lumpur Physical education teachers -- Training of -- Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 16-Jan-2021 |
Description: | Literasi fizikal merujuk kepada tahap motivasi, keyakinan diri, kemahiran motor dan pengetahuan tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup yang aktif. Guru Pendidikan Jasmani (PJ) sekolah rendah memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan motor murid. Guru PJ yang mempunyai tahap literasi fizikal yang tinggi boleh menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan. Maka, kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi literasi fizikal guru PJ sekolah rendah. Borang soal selidik diberikan secara atas talian kepada guru besar melalui aplikasi Telegram. Seramai 279 orang guru PJ (126 orang lelaki dan 153 orang perempuan) sekolah rendah di Kuala Lumpur telah melengkapkan soal selidik atas talian dalam tempoh pengumpulan data. Hasil dapatan kajian mendapati tahap persepsi literasi fizikal dalam kalangan guru PJ adalah tinggi (min = 4.24, sp = 0.518). Kajian turut meninjau perbezaan persepsi literasi fizikal guru berdasarkan beberapa faktor demografi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru lelaki (min = 4.34, sp = 0.450), guru yang lebih muda (umur <25 tahun) (r = -0.130, p=0.030), guru yang mempunyai pengalaman mengajar PJ lebih lama (>11 tahun) (min = 4.41, sp = 0.504) dan guru opsyen PJ mempunyai persepsi literasi fizikal yang lebih tinggi (min = 4.44, sp = 0.422). Dapatan turut menunjukkan guru berbangsa Melayu (min = 4.36, sp = 0.464) mempunyai persepsi literasi fizikal lebih tinggi berbanding guru lain. Secara keseluruhan, kajian menunjukkan bahawa adalah penting untuk menghantar guru terlatih dalam PJ untuk mengajar mata pelajaran PJ kerana mereka bukan sahaja boleh menjadi contoh kepada murid, malah mereka mungkin lebih efektif sebagai guru PJ yang boleh menyokong perkembangan literasi fizikal murid.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 111 |
Call Number: | HF5381.A375 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Persepsi literasi fizikal dalam kalangan guru pendidikan jasmani sekolah rendah di Kuala Lumpur.pdf Restricted Access | Full-text | 878.3 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.