Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475872
Title: | Tahap stres, stigma diri dan sokongan sosial yang diterima oleh ibu bapa kepada kanak-kanak kecelaruan spektrum autisme (KSA) di Kota Kinabalu Sabah |
Authors: | Prescilla @ Christine Apok (P97484) |
Supervisor: | Norshidah Mohd. Salleh, Dr. |
Keywords: | Parents of autistic children -- Sabah Stress management for older people -- Sabah Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 6-Nov-2020 |
Description: | Kanak-kanak yang dikategorikan mengalami kecelaruan spektrum autisme (KSA) biasanya mengalami kecelaruan kompleks dalam perkembangan otak yang menyebabkan ketidakupayaan kognitif dan bahasa. Keadaan ini memberikan cabaran besar kepada ibu bapa mereka. Kajian ini bertujuan mengetahui tahap stres dan stigma diri dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak KSA dan juga sokongan sosial yang diterima. Kajian dijalankan di Kota Kinabalu Sabah. Sampel kajian ialah seramai 169 ibu bapa kanak-kanak KSA di 17 buah sekolah, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), sekolah swasta, pusat jagaan dan taska yang dipilih secara pensampelan rawak berlapis diikuti kaedah pensampelan rawak mudah. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat. Tiga instrumen kajian digunakan iaitu soal selidik Parenting Stress Index-Short Form (PSI-SF), Affiliate Stigma Scale (ASS) dan Family Social Support (FSS) yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Analisis data melibatkan analisis deskriptif iaitu nilai peratusan dan min, analisis inferensi ANOVA dua hala dan Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan stres berada pada tahap tinggi dengan skor Jumlah Stres (min = 98.42); dan skor stres mengikut tiga sub skala iaitu Keresahan Ibu Bapa (min = 31.76), Interaksi Disfungsi antara Ibu Bapa dan Anak (min = 32.49) dan Anak Bermasalah (min = 34.2). Analisis inferensi mendapati ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur 6 tahun mengalami stres lebih tinggi berbanding ibu bapa lain. Dapatan kajian menunjukkan tahap stigma ibu bapa kanak-kanak KSA adalah rendah dengan skor min di bawah 2.00. Sokongan sosial tertinggi datang daripada sekolah dan pusat penjagaan harian, sokongan suami/isteri dan program intervensi awal. Terdapat hubungan korelasi positif sederhana antara tahap stres dengan stigma yang dialami ibu bapa dengan nilai 0.448 dan hubungan korelasi negatif sederhana antara stres dengan sokongan sosial yang diterima dengan nilai -0.346. Kajian ini memberi implikasi kepada keperluan sokongan pengurusan stres dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami KSA.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 202 |
Call Number: | RJ506.A9.P734 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Tahap stress,stigma diri dan sokongan sosial yang diterima oleh ibu bapa kepada kanak-kanak kecelaruan spektrum autisme (KSA) di kota kinabalu.pdf Restricted Access | Partial | 473.41 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.