Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475868
Title: Resapan unsur pada pensinteran untuk aloi Ti-10%at.Mo-10%at.Cr
Authors: Eko Kurniawan (P64589)
Supervisor: Mohammad Rasidi Rasani, Dr.
Keywords: Resapan
Pensinteran
Aloi titanium
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Aug-2019
Description: Titanium dan aloi titanium digunakan secara meluas dalam bidang aeroangkasa dan perubatan dalam tahun-tahun kebelakangan ini kerana ianya memiliki sifat mekanik yang bagus, bioserasi dan rintangan kakisan yang sangat baik. Kaedah metalurgi serbuk telah digunakan untuk mereka bentuk aloi Ti kerana ia boleh membuat komponen dengan kos yang rendah dan menghasilkan bentuk hampir siap (near-net shape). Dalam kaedah metalurgi serbuk, pensinteran adalah salah satu operasi utama kerana semasa inilah berlakunya resapan unsur-unsur, pembentukan fasa dan mikrostruktur aloi. Walaupun resapan adalah salah satu faktor penting pada pensinteran ianya merupakan fenomena yang sangat rumit. Oleh itu, pendekatan berangka telah dilaksanakan untuk menganalisis proses resapan yang meningkatkan pengangkutan atom unsur pada sempadan ira. Objektif utama kajian ini adalah untuk menjalankan penilaian kuantitatif bagi mengkaji resapan unsur-unsur semasa pensinteran menggunakan pendekatan eksperimen dan berangka. Uji kaji telah dijalankan untuk mendapatkan data yang digunakan sebagai parameter dan pembolehubah untuk analisis. Aloi Ti-10%at.Mo- 10%at.Cr telah direka bentuk menggunakan pengadun unsur metalurgi serbuk (BEPM). Dua operasi utama: pensinteran dalam keadaan vakum pada suhu 1300 0C (1573 K) dengan pelbagai masa pensinteran dan penyejukan relau pada 0.23 K/s, telah dijalankan untuk menyelidiki tingkah laku pengaloian dan perubahan mikrostruktur. Selain itu, kaedah berangka juga dijalankan untuk menganalisis resapan unsur bagi mengkaji dengan lebih lanjut tingkah laku pengaloian. Kaedah yang dicadangkan untuk meramal resapan unsur dilakukan melalui pengiraan jarak resapan semasa pensinteran dan penyejukan relau, resapan sempadan ira dan model perjalanan rawak. Analisis berangka dikira berdasarkan kaedah perbezaan terhingga dan unsur terhingga. Mikrostruktur sampel dalam masa pensinteran yang pendek menunjukkan struktur bulatan cerah, struktur ira sama dimensi, struktur seperti jarum dan liang. Namun, struktur bulatan cerah semakin hilang dan saiz ira purata meningkat ketika masa pensinteran dipanjangkan kerana berlakunya resapan unsur dalam isipadu dan sempadan ira. Unsur Mo diperkaya dalam bulatan cerah mencadangkan struktur bulatan cerah adalah zarah Mo yang tidak larut. Secara khususnya struktur bulatan cerah telah diperkaya oleh zarah Mo tetapi pada mikrostruktur lain semua unsur-unsur telah teragih seragam. Belauan sinar-X menunjukkan bahawa struktur plat terdapat dalam ira yang terdiri daripada fasa α + β, yang mana fasa α telah dibentuk semasa penyejukan relau. Keputusan eksperimen menunjukkan bahawa resapan semua unsur meningkat dengan peningkatan masa pensinteran pada suhu yang tinggi, yang mendorong kepada pembentukan fasa β. Keputusan berangka menunjukkan bahawa jarak resapan unsur pada pensinteran lebih besar daripada penyejukan relau. Tambahan pula, pengiraan menggunakan resapan sempadan ira dan model perjalanan rawak, masing-masing menunjukkan bahawa kepekatan unsur terhadap jarak resapan dan penyebaran zarah telah meningkat dengan peningkatan masa pegangan sesuhu pada pensinteran. Hasil analisis berangka menunjukkan bahawa Mo mempunyai pekali resapan yang lebih rendah sehubungan itu ianya mempunyai jarak resapan dan taburan yang paling rendah berbanding dengan Ti dan Cr. Sifat-sifat aloi juga mengalami peningkatan dengan nilai kekerasan (HV) 382 dan ketumpatan relatif 98.9% yang disebabkan oleh berkurangnya baki keliangan. Keputusan ini menunjukkan bahawa tingkah laku pengaloian berlaku semasa pensinteran dan boleh dikawal dengan resapan unsur Mo.,Sarjana Sains,Salinan lembut tidak boleh dimuat naik
Pages: 134
Call Number: 005858(2021)(PL2)
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.