Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475845
Title: Metod pentafsiran al-Quran Shaykh Sa’id Ramadan al-Buti dalam buku fiqh al-sirah
Authors: Nurul Salsabila Abu Bakar (P83708)
Supervisor: Mohd Nazri Ahmad, Dr.
Keywords: Shaykh Sa'id Ramadan al-Buti
Ilmu sirah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Jul-2016
Description: Pengkajian ilmu sirah telah banyak disajikan oleh ulama Islam sama ada ulama yang terdahulu atau yang terkemudian. Kajian menunjukkan kurangnya pemahaman dan pengetahuan dari sudut sirah ini akan memberi impak kepada kemurnian penghayatan sirah itu sendiri. Hal ini memerlukan pendekatan metodologi penggunaan al-Quran dalam penulisan sirah oleh Shaykh Ramadan al-Buti. Kajian terhadap buku Fiqh al-Sirah ini dilakukan bagi mengenal pasti pendekatan Shaykh Ramadan al-Buti di dalam beristidlal dengan al-Quran memandangkan penggunaan buku Fiqh al-sirah Shaykh Ramadan al-Buti adalah meluas dalam bidang dakwah dan pendidikan di Malaysia. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti biografi ringkas Shaykh Ramadan al-Buti serta latar belakang buku Fiqh al-Sirah. Selain itu, objektif kajian ini, menjelaskan sejarah perkembangan penulisan buku sirah dan menjelaskan metodologi pentafsiran Shaykh Ramadan al-Buti dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Reka bentuk kajian ini adalah analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dengan menumpukan kepada pemerolehan data dalam buku Fiqh al-Sirah karangan Shaykh Ramadan al-Buti. Data kajian yang telah dikumpulkan ini dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati metodologi pentafsiran Shaykh Ramadan al-Buti umumnya adalah berbentuk tahlili dan mawdui. Dapatan kajian juga menunjukkan dalam penghuraian aplikasi nas-nas al-Quran Shaykh Ramadan al-Buti, metode tafsir Bi al-Ma’thur lebih mendominasi.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 117
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.