Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475844
Title: Kesan kualiti audit dan sokongan pengurusan terhadap keberkesanan fungsi audit dalaman sektor awam di Malaysia
Authors: Noor Nizah Zakaria (ZP00543)
Supervisor: Zakiah Muhammaddun Mohamed, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Auditing
Internal -- Malaysia
Issue Date: 1-Jul-2016
Description: Kajian ini mengkaji hubungan antara kualiti audit dan sokongan pengurusan dengan keberkesanan fungsi audit dalaman. Dua pembolehubah kualiti audit iaitu kepakaran juruaudit dan proses audit, dan dua pembolehubah sokongan pengurusan iaitu pelaksanaan syor audit dan komitmen pengukuhan audit dalaman digunakan dalam kajian. Data mengenai kualiti audit dan sokongan pengurusan diperolehi melalui soal selidik daripada ketua unit audit dalaman sektor awam di Malaysia, manakala keberkesanan fungsi audit dalaman diukur menggunakan indeks akauntabiliti daripada laporan Jabatan Audit Negara. Teori Akauntibiliti digunakan untuk menyokong hubungan-hubungan yang dikaji. 72 sampel telah dianalisis menggunakan kaedah regresi pelbagai. Hasil kajian mendapati kepakaran juruaudit dan pelaksanaan syor audit mempunyai hubungan yang positif secara signifikan dengan keberkesanan fungsi audit dalaman. Hasil kajian membuktikan bahawa pihak pengurusan mempunyai peranan yang penting dalam memastikan keberkesanan fungsi audit dalaman selain daripada kepakaran juruaudit, manakala proses audit dan komitmen pengukuhan audit dalaman tidak mempengaruhi keberkesanan fungsi audit dalaman.,Tesis ini tiada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana (Perakaunan)
Pages: 93
Call Number: HF5616.M4N646 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.