Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475834
Title: Amalan pengurusan perubahan terancang dan hubungannya dengan orientasi kerjaya protean dalam kalangan guru
Authors: Azrin Salleho (P54406)
Supervisor: Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Organizational change
Career development
Teachers
Issue Date: 2015
Description: Tujuan utama kajian ini untuk mengenalpasti amalan pengurusan perubahan terancang dan hubungannya dengan orientasi kerjaya protean dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah Pontian. Kajian ini turut bertujuan untuk melihat tahap amalan pengurusan perubahan terancang dan orientasi kerjaya protean guru. Malah perbezaan pada setiap pemboleh ubah berdasarkan faktor pengalaman guru dalam kerjaya perguruan, pencapaian akademik tertinggi dan jenis sekolah guru sedang berkhidmat turut dikaji. Kajian berbentuk kuantitatif secara tinjauan ini melibatkan 264 orang guru yang dipilih melalui persampelan rawak mudah yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Rendah Agama di Daerah Pontian, Johor. Borang soal-selidik digunakan sebagai instrumen semasa pengumpulan data. Data kuantitatif dianalisis secara deskripif dan inferensi menggunakan program SPSS versi 21.0. Keputusan dapatan kajian menunjukkan majoriti guru mempunyai tahap persepsi yang tinggi terhadap amalan pengurusan perubahan terancang. Sebaliknya, guru mempersepsikan di tahap sederhana terhadap orientasi kerjaya protean. Terdapat perbezaan yang signifikan faktor akademik tertinggi guru dan jenis sekolah guru sedang berkhidmat berdasarkan amalan pengurusan perubahan terancang. Perbezaan yang signifikan orientasi kerjaya protean berdasarkan faktor pencapaian akademik tertinggi guru turut dikenalpasti. Hasil analisis korelasi pula menunjukkan wujudnya hubungan positif dan signifikan antara keenam-enam langkah dalam pengurusan perubahan terancang dengan orientasi kerjaya protean guru. Kesimpulannya, kajian ini menyarankan agar aspek ‘protean’ perlu dipupuk dalam diri guru agar guru mampu mengurus kerjaya mereka berlandaskan respon-respon kepada perubahan yang dramatik dalam landskap pendidikan. Guru dapat beradaptasi dan mengurus perubahan dengan berjaya jika mereka mampu menempuhi halangan-halangan perubahan secara efektif.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Pendidikan)
Pages: 174
Call Number: HD58.8.A997 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.