Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475829
Title: Tafsir al-Wajiz :kedudukan hadith-hadith juzuk pertama surah al-Fatihah ayat 1 hingga surah Al-Baqarah ayat 141
Authors: Muhamad Bukharuddin Ismail (P54351)
Supervisor: Asmadi, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertation
Dissertations, Academic -- Malaysia
Qur'an. -- Surat al-Fatihah -- Criticism, interpretation, etc.
Qur'an. -- Surat al-Baqarah -- Criticism, interpretation, etc.
Hadith -- Authorities
Issue Date: 9-May-2016
Description: Kajian ini merupakan takhrij hadith-hadith juzuk pertama Surah al-Fatihah 1:1 hinggalah penghujung juzuk pertama surah al-Baqarah 2:141 yang terdapat di dalam kitab al-Tafsir al-Wajiz karya Profesor Dr. Wahbah al-Zuhayli. Ia merupakan tafsiran ringkas yang menggabungkan antara tafsiran yang ma’thur dan ma c qul diharmonikan bersama usul penerangan Bahasa Arab, Maqasid Syariah dan mengikut manhaj alSalaf al-Salih dari sudut iktiqad. Walaupun begitu, kitab ini wajar dikaji keabsahan hadis yang terdapat padanya kerana menjadi tatapan umum dan antara kitab rujukan asas bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran Program Membudayakan al-Quran di Negeri Johor. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sumber asal, mengenalpasti status hadis-hadis yang terdapat dalam kitab al-Tafsir al-Wajiz. Kajian ini memilih analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian dan kitab al-Tafsir alWajiz sebagai sampel analisis dokumen. Data yang dikumpul ialah hadis-hadis dalam kitab al-Tafsir al-Wajiz ini. Hasil kajian ini menunjukkan kebanyakkan hadis-hadis di dalam kitab al-Tafsir al-Wajiz berkaitan dengan sebab penurunan (asbab al-nuzul) ayat dan hadis-hadis tersebut terdapat dalam kitab-kitab sumber rujukan asal hadis. Daripada 35 hadis yang dianalisis, kajian ini mendapati 7 hadis yang sohih, 5 hadis yang dhoc if tetapi memiliki syawahid yang kuat, 10 hadis yang dhoc if dan 13 matan yang bukan bersumberkan daripada hadis. Hasil kajian ini adalah berdasarkan penemuan pada hadis-hadis rangkaian, berdasarkan syajaratul asanid yang dibina, ditemui 96 matan yang terdiri daripada 54 hadis sohih, 30 hadis dhoc if, 6 athar dan 10 pendapat yang bersumberkan kitab tafsir. Implikasi daripada kajian ini dapat dikenalpasti status hadis-hadis yang terdapat dalam kitab al-Tafsir al-Wajiz untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran kepada seluruh umat Islam.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 248
Call Number: BP136.4.M833 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.