Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475818
Title: | Penghasilan dan pencirian NiOOH daripada pengoksidaan elektrokimia kepingan logam nikel |
Authors: | Mohd. Syafiq Hamdan (P46421) |
Supervisor: | Mohamed Rozali Bin Othman, Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations Dissertations Academic-Malaysia Oxidation Metals |
Issue Date: | 9-Apr-2014 |
Description: | Nikel oksihidroksida (NiOOH) telah berjaya dihasilkan melalui pengoksidaan kepingan logam nikel (Ni) secara elektrokimia dalam larutan alkali menggunakan sistem dua elektrod. Kepingan Ni digunakan sebagai anod (elektrod kerja) manakala pelbagai kepingan logam seperti platinum (Pt), emas (Au), kuprum (Cu) dan nikel (Ni) bertindak sebagai katod. Beberapa parameter seperti kepekatan elektrolit (kalium hidroksida, KOH), jenis elektrod lawan, tempoh dan keupayaan dikaji untuk mendapatkan keadaan yang optimum bagi penghasilan NiOOH. Diffraktometer SinarX (XRD), Serakan Tenaga Sinar-X (EDX) dan Spektroskopi Fotoelektron Sinar-X (XPS) telah digunakan untuk mencirikan hasil pengoksidaan elektrokimia kepingan Ni. Keputusan daripada analisis pencirian membuktikan bahawa hasil pengoksidaan elektrokimia kepingan Ni dalam larutan alkali ialah NiOOH. Saiz partikel NiOOH pula diperolehi melalui Mikroskop Imbasan Elektron Medan Pancaran (FESEM) di mana purata saiznya adalah dalam julat 20 hingga 30 nm. Selain itu sifat-sifat fizik bagi NiOOH juga diuji menggunakan Analisis Termo Gravimetri (TGA) dan Spektroskopi Elektrokimia Impedan (EIS). Penguraian terma dapat di ketahui melalui TGA manakala kekonduksian NiOOH dikaji dengan menggunakan EIS. Nilai kekonduksian bagi NiOOH yang diperolehi daripada analisis EIS ialah 6.1 x 10-1 S/m. Kemudian, NiOOH yang dihasilkan direka bentuk menjadi elektrod dengan mencampurkan NiOOH bersama polivinil klorida (PVC) di mana PVC bertindak sebagai penyokong manakala tetrahidrofuran (THF) digunakan sebagai pelarut campuran dalam penyedian elektrod. Elektrod NiOOH-PVC seterusnya digunakan dalam kajian elektrokimia sistem tiga elektrod bagi menentukan kelakuan elektrokimia sebatian etanol, butiraldehid dan pentanon. Elektrod NiOOH-PVC dijadikan elektrod kerja, platinum (Pt) dijadikan elektrod lawan manakala elektrod kalomel tepu (SCE) digunakan sebagai elektrod rujukan. Elektrolisis sebatian organik tersebut dijalankan dalam elektrolit sokongan KOH. Kaedah voltamogram berkitar dan kronokoulometri dijalankan menggunakan Radiometer Analytical (Model PGZ 402) yang dilengkapi dengan perisian Voltamaster 4. Melalui voltamogram berkitar dapat diketahui bahawa proses pengoksidaan sebatian etanol, butiraldehid dan pentanon telah berlaku pada elektrod NiOOH-PVC. Hasil pengoksidaan etanol, butiraldehid dan pentanon dianalisis menggunakan Spektroskopi Infra-Merah (FTIR) dan Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi (HPLC). Keputusan daripada analisis FTIR dan HPLC menunjukkan bahawa hasil utama pengoksidaan elektrokimia etanol, butiraldehid dan pentanon masing-masing adalah asid etanoik, asid butanoik dan asid pentanoik. Perilaku ini menunjukkan kebolehan NiOOH bertindak sebagai elektrokatalis dalam proses pengoksidaan elektrokimia sebatian organik.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 106 |
Call Number: | QD63.O9M838 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475818 |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.