Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475812
Title: Pengesanan retakan berasaskan frekuensi asasi dalam spesimen rasuk konkrit melalui sambutan dedenyut impak berbilang
Authors: Rikki Vitria (P46113 )
Supervisor: Roszilah Hamid, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations
Dissertations
Academic-Malaysia
Concrete-Defects
Nondestructive testing
Description: Kaedah yang biasa digunakan dalam penyelidikan tanpa musnah pengesanan kecacatan dalam konkrit ialah sambutan dedenyut impak tunggal dan analisis daripada impak tunggal ini adalah berasaskan isyarat yang diterima dalam tempoh masa yang singkat. Dalam kajian ini, kaedah sambutan dedenyut impak secara berbilang pada spesimen konkrit dikembangkan bertujuan untuk menentukan frekuensi asasi dan mengesan kecacatan retakan pada spesimen konkrit. Alatan untuk ujian impak berbilang ini terdiri daripada sesebuah mesin penjana impak yang digerakkan oleh motor arus ulang alik (AC) 2800 putaran seminit (RPM), sebuah penderia meter pecut (ADXL330) yang dibekalkan dengan kuasa 3.3 Volt dan sebuah peranti penerimaan data (LABJACK UE9-PRO) yang dihubungkan dengan sebuah komputer dengan perisian Matlab 7.0. Spesimen konkrit yang diuji ialah rasuk bergred 25 dengan saiz 2450 mm x 80 mm x 100 mm. Spesimen konkrit itu dibahagikan kepada tiga iaitu konkrit padu tanpa kecacatan, konkrit dengan lompang buatan dan konkrit dengan retak tegak buatan. Spesimen konkrit ini digantung untuk membiarkan konkrit tersebut bergerak dan bergetar bebas ketika dihentam. Jelmaan Fourier Pantas digunakan untuk menganalisis sambutan setiap impak. Simulasi menggunakan perisian Matlab 7.0 dijalankan dan dibandingkan dengan hasil ujikaji. Simulasi dijalankan setelah rangkap pindah daripada spesimen konkrit dapat ditentukan. Hasil ujikaji ini menunjukkan bahawa frekuensi asasi daripada ketiga keadaan rasuk konkrit ini ialah sama iaitu 49.97 Hz. Ketika konkrit padu dan konkrit dengan lompang buatan di impak dengan frekuensi impak yang sama nilai dengan sub frekuensi asasinya iaitu sekitar 1 Hz dan 5 Hz, didapati magnitud frekuensi asasi konkrit padu tanpa kecacatan dan konkrit berlompang adalah tinggi dan dominan iaitu 3225 dan 3365 masingmasing. Jika dibandingkan dengan konkrit dengan retak buatan yang diimpak pada frekuensi tersebut, magnitud daripada frekuensi asasinya adalah rendah, iaitu hanya 325 pada impak tunggal dan 610 untuk impak dengan frekuensi 5 Hz. Hasil yang sangat berbeza juga berlaku ketika konkrit dengan retakan di impak dengan frekuensi impak yang bukan sub frekuensi asasinya, maka kandungan daripada beberapa frekuensi yang lebih tinggi iaitu 131, 248, 416, 602 dan 707 Hz dapat diperhatikan, dan pemerhatian ini tidak berlaku pada konkrit padu dan konkrit dengan lompang buatan. Beberapa kandungan frekuensi ini muncul disebabkan retak buatan yang terdapat di dalam konkrit, sehingga seolah-olah membahagikan konkrit tersebut menjadi beberapa bahagian dengan frekuensi asasinya masing-masing. Hal ini disebabkan, semakin kecil nisbah bidang (nisbah panjang per luas permukaan) sesebuah rasuk konkrit maka semakin tinggi frekuensi asasinya. Frekuensi asasi daripada ketiga keadaan konkrit ini melalui simulasi ialah 50.35 Hz. Apabila hasil simulasi dibandingkan dengan hasil data sebenar pada konkrit padu, maka didapatkan sisihan piawai 9.14 x 10-4 atau 0.38% daripada magnitud maksimum untuk impak frekuensi 5 Hz dan 6.26 x 10-4 atau 0.28% daripada magnitud maksimum untuk impak frekuensi 9 Hz dan 5.88 x 10-4 atau 0.28% daripada ampitud maksimum untuk frekuensi 11 Hz. Berasaskan perbandingan ini, maka boleh diputuskan bahawa simulasi ini boleh digunapakai untuk mengatasi terhadnya kemampuan mesin penjana impak pada frekuensi yang lebih tinggi. Sebagai kesimpulan, kajian ini dapat mengesan retakan yang terdapat di dalam konkrit berdasarkan frekuensi asasi.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 71
Call Number: TA439.R536
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.