Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475782
Title: Pengimejan mudah alih untuk peramalan abnormaliti padi berasaskan kaedah ambang tunggal
Authors: Aidil Fitriasyah (P38332)
Supervisor: Siti Norul Huda Sheikh Abdullah, Dr.
Keywords: Paddy disease
Mobile imaging
Cameras
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.
Issue Date: 2012
Description: Tanaman padi merupakan antara industri agro yang penting di dunia. Namun, tanaman padi turut mengambil masa yang panjang untuk mengeluarkan hasilnya dan ia turut mudah menghadapi risiko-risiko lain seperti bencana alam, serangga perosak dan penyakit. Faktor penyakit menjadi antara satu masalah yang besar bagi pesawah di Malaysia. Meskipun pesawah telah dilatih oleh pakar Malaysia Agriculture Research and Development Institute (MARDI) untuk kawalan dan rawatan, namun kesilapan masih kerap terjadi dalam menentukan penyakit. Kebanyakan kesilapan ini terjadi apabila kemampuan manusia kadangkala terbatas dalam mengesan penyakit secara penglihatan malah setiap jenis penyakit tanaman mempunyai ciri-ciri yang hampir sama antara satu sama lain. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini ialah mencadangkan satu prototaip pengimejan untuk mengecam padi abnormaliti secara mudah alih dan masa nyata, dan memperkenalkan satu kaedah cadangan ambang tunggal untuk penemberengan imej. Metodologi kajian bermula dengan kalibrasi imej secara perbandingan antara jarak dan set awalan kotak kawasan minat, merakam imej secara mudah alih dan masa nyata, kemudian melaksanakan penemberengan imej secara kaedah cadangan ambang tunggal, mengekstrak simptom-simptom berasaskan analisa tekstur imej dan akhir sekali mengecam abnormaliti padi secara petua pengeluaran. Simptom-simptom ini terdiri daripada dua kategori iaitu bentuk kerosakan dan warna bintik kerosakan. Kelas penyakit padi pula merangkumi lima perkara iaitu penyakit Karah, penyakit Bintik Perang, penyakit Bintik Perang Tirus, penyakit Hawar Seludang, dan daun normal sebagai ujian kawalan. Daripada 120 data imej yang dikumpul secara masa nyata, hanya 85 data imej digunakan untuk pengujian. Dua pengujian telah dilaksanakan. Ujian pertama ialah pengujian penetapan kalibrasi kamera yang optimal menerusi alatan mudah alih dan masa nyata dan ujian kedua meliputi pengujian penemberengan menggunakan nilai ambang tunggal. Keputusan eksperimen menunjukkan jarak 20 cm antara kamera mudah alih dan objek adalah optimal dalam pengujian kalibrasi kamera manakala pengujian penemberengan menggunakan cadangan ambang tunggal telah menunjukkan ketepatan 87.04% berbanding ketepatan kaedah pencapaian terkini iaitu Kaedah Pembezaan Potensi 82.35 % dan Kaedah Ambang Warna 54.2%.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 92
Call Number: TA1637.A383 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.