Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475776
Title: | Kemahiran abad ke-21 dan hubungannya dengan gaya pembelajaran Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4 |
Authors: | Nur Atika Daud (P82035) |
Supervisor: | Zamri Mahmood, Prof. Dr. |
Keywords: | Malay language -- Study and teaching Malay language -- Grammar Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 25-Jun-2011 |
Description: | Kajian ini dijalankan bagi melihat tahap dan hubungan antara aspek kemahiran abad ke-21 dan gaya pembelajaran pelajar tingkatan 4. Kajian ini dibuat berpaksikan model enGauge 21st Century Learning Skills (2002) dan juga model Dunn dan Dunn (1978). Terdapat 3 teori pembelajaran yang mendasari kajian ini iaitu teori behaviorisme, teori kognitivisme dan teori konstrukvisme. kogniSoal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini dan skala Likert 1 hingga 5 telah diguna pakai bagi mengutip data yang diperlukan. Bagi proses penganalisisan data, perisian Statistical Package For Social Science versi 23.0 telah digunakan. Soal selidik yang diedarkan kepada para responden merangkumi tiga bahagian iaitu maklumat demografi pelajar, konstruk kemahiran abad ke-21, dan konstruk gaya pembelajaran pelajar dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu. Pemilihan sampel adalah secara berstrata. Seramai 280 pelajar tingkatan 4 daripada tujuh buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah dipilih sebagai sampel kajian. Soal selidik yang diedarkan kepada para pelajar dibahagikan mengikut aliran kelas serta jantina. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai untuk melihat tahap kedua-dua pemboleh ubah yang dikuasai oleh pelajar. Analisis inferensi korelasi Pearson dan regrasi juga dilakukan bagi menganalisis hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Keputusan analisis menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran abad ke-21 pelajar tingkatan 4 di sekitar daerah Kuala Pilah adalah tinggi. Aspek kemahiran abad ke-21 yang paling tinggi adalah komunikasi berkesan. Bagi hasil komponen gaya pembelajaran pula, aspek persekitaran mempunyai nilai min yang paling tinggi. Melalui analisis ujian-t untuk kemahiran abad ke-21 dan gaya pembelajaran, didapati tidak terdapat perbezaan bagi setiap kumpulan aliran kelas Sains dan sastera, begitu juga dengan bagi jantina lelaki dan perempuan. Hasil analisis bagi korelasi pula, terdapat hubungan linear positif yang lemah antara kemahiran abad ke-21 dan gaya pembelajaran. Bagi analisis regrasi, didapati terdapatnya sumbangan yang signifikan (44%) kemahiran abad ke-21 terhadap gaya pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu bagi pelajar tingkatan 4 yang dikaji. Kesimpulannya, penguasaan kemahiran abad ke-21 mampu memberikan impak yang positif terhadap aspek gaya pembelajaran pelajar ketika belajar Bahasa Melayu.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 131 |
Call Number: | PL5076.5.M3N837 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.