Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475774
Title: Aspirasi umat Islam Indonesia
Authors: Dasrizal (P56925)
Supervisor: Ahamad Asmadi Sakat, Dr.
Keywords: Islam -- Indonesia -- History
Issue Date: 18-Apr-2011
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran Tarannum al-Quran di STAI-PIQ Sumatera Barat. Kajian merangkumi pengetahuan pensyarah terhadap pedagogi, kekerapan penggunaan teknik pengajaran, kekerapan penggunaan Alat Bantu Mengajar, penggunaan buku rujukan, persepsi mahasiswa terhadap kepentingan pengajian Tarannum, persepsi mahasiswa terhadap kemampuan mengajar pensyarah, dan tahap kepuasan hati pelajar terhadap prasarana pengajian Tarannum. Kaedah kualitatif dan kuantitatif telah dipilih sebagai kaedah kajian. Kajian ini melibatkan 4 orang pensyarah Tarannum dan 130 orang mahasiswa. Instrumen kajian terdiri daripada temu bual separa berstruktur dan soal selidik. Datadata yang diperoleh melalui temu bual dianalisis secara tematik menggunakan kaedah deduksi dan induksi, manakala data-data yang diperoleh melalui soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif [peratusan, min dan sisihan lazim] dan statistic inferensi [ujian-t] menggunakan perisian SPSS versi 19.0. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya menyingkap sistem pengajaran dan pmbelajaran Tarannum di STAI-PIQ Sumatera Barat dengan melihat kelebihan dan kekurangan yang perlu diatasi dan diperbaiki dari masa ke semasa. Statistik inferensi mendapati 2 daripada 8 pemboleh ubah dalam hipotesis nul menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan yang dibandingkan. Pada akhir kajian, pengkaji mendatangkan penilaian keseluruhan kajian dan cadang-cadangan bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran Tarannum yang sedia ada.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 138
Call Number: BP63.I5A62 8 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.