Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475770
Title: | Tatakerja penjajaran strategik bagi bisnes dan teknologi maklumat |
Authors: | Siti Suhaila Abdul Hamid (P48159) |
Supervisor: | Salha Abdullah, Dr. |
Keywords: | Information technology -- Planning Business -- Data processing Universiiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Dec-2011 |
Description: | Penjajaran adalah satu elemen yang penting dalam Perancangan Strategik Sistem Maklumat. Bagi meningkat keberkesanan IT, ia perlulah dijajarkan dengan perancangan bisnes supaya strategi IT menyokong strategi bisnes dengan lebih efektif. Namun begitu aspek penjajaran sering diabaikan dan tidak banyak kajian mengenainya dilakukan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini mencadangkan satu tatakerja yang menggunakan dua model penjajaran iaitu Model SAM dan Unified Framework untuk melaksanakan penjajaran bagi mengetahui hala tuju IT dalam organisasi. Kajian ini menggunakan sistem maklumat atau projek IT yang wujud dalam organisasi sebagai input dalam rangka kerja tersebut. Untuk tujuan itu, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dipilih sebagai kajian kes dengan mengkaji sistem maklumat yang digunakan dalam Bahagian Sistem Maklumat MPKj. Proses penjajaran dilakukan dengan memetakan fungsi sistem maklumat dan klasifikasi projek pada Model SAM dan Unified Framework. Klasifikasi projek adalah merupakan kesan kepada pembangunan sistem maklumat tersebut. Terdapat tiga fungsi sistem maklumat yang digunakan dalam kajian ini iaitu kecekapan pengendalian (KP), permintaan pelanggan (PP) dan juga peningkatan infrastruktur (PI). Manakala tiga klasifikasi projek yang digunakan adalah penyelenggaraan berterusan (S), kelebihan daya saing (DS) dan juga penyusunan semula (T). Corak perspektif yang dihasilkan oleh Model SAM dan Unified Framework dibandingkan bertujuan untuk melihat wujudnya perbezaan di antara kedua model ini. Hasil penjajaran dari pemetaan ini adalah peratusan perspektif penjajaran organisasi tersebut yang menggambarkan sama ada IT menyokong strategi bisnes organisasi atau tidak. Sumbangan dalam kajian melalui penjajaran IT kepada strategi bisnes ini diharapkan dapat membantu organisasi merancang hala tuju pada masa hadapan. Tatakerja ini juga berpotensi untuk dikembangkan kepada domain kajian dan model penjajaran yang lain.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 115 |
Call Number: | T58.5.S569 2011 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475770 |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.