Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475767
Title: | Kemahiran metakognitif dan keupayaan penyelesaian masalah matematik bukan rutin dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah berasmara penuh |
Authors: | Masniza Ahmad (P47577) |
Supervisor: | Effandi Zakaria, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Metacognition -- Study and teaching Mathematics -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Aug-2011 |
Description: | Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran metakognitif dan keupayaan menyelesaikan masalah matematik bukan rutin dalam kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh dalam bidang algebra. Kemahiran metakognitif yang dikaji adalah terdiri daripada kemahiran memantau, kemahiran menilai dan kemahiran regulasi manakala keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah merangkumi proses memahami masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menulis jawapan dengan betul. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti strategi penyelesaian masalah matematik yang digunakan oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah. Perbandingan kemahiran metakognitif merentasi jantina turut dikaji. Seterusnya kajian ini juga ingin menentukan hubungan kemahiran metakognitif dan kemahiran menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Bagi mencapai tujuan tersebut, pengkaji menjalankan kajian tinjauan terhadap 147 orang pelajar di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh, di daerah Kuantan, Pahang. Tiga instrumen kajian yang digunakan terdiri daripada soal selidik kemahiran metakognitif, ujian kertas pensel dan soalan temu bual bagi tujuan pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan analisis diskriptif melibatkan frekuensi, peratusan dan min manakala statistik inferensinya pula melibatkan Korelasi Pearson dan ujian-t. Analisis data kajian ini menunjukkan tahap kemahiran metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin adalah tinggi dengan min 3.92 manakala bagi keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin pula adalah sederhana dengan skor min 30.7. Strategi melukis gambar rajah merupakan strategi penyelesaian masalah yang paling dominan digunakan oleh para pelajar. Selain itu dapatan turut mendapati tiada perbezaan yang signifikan bagi kemahiran metakognitif pelajar berdasarkan jantina (t = -1.516, p = 0.538). Seterusnya terdapat hubungan yang signifikan diantara kemahiran metakognitif pelajar dan keupayaan menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. (r = 0.733, p = 0.00). Kajian ini akhirnya mencadangkan supaya kemahiran metakognitif dapat dijadikan salah satu unsur penting yang perlu diterap dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah terutamanya dalam konteks penyelesaian masalah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 163 |
Call Number: | BF311.M347 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.