Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475766
Title: | Metodologi penulisan buku tafsir al-Fathun Nawa oleh Halo-N |
Authors: | Noor Hanisah Abdul Halim (P77213) |
Supervisor: | Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr. |
Keywords: | Qur'an -- Commentaries Qur'an -- Interpretation Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 9-Apr-2018 |
Description: | Buku al-Fathun Nawa ialah karya Halo-N atau nama sebenar beliau ialah Haji Ahmad Laksamana Bin Haji Omar. Beliau adalah seorang aktivis sosial kelahiran Gual Periok, Kelantan yang juga pengasas Yayasan Gual Periok. Menurut Halo-N, pemahaman al-Quran dengan kaedah baru perlu dilakukan kerana kaedah tafsir tradisional sebelum ini sudah tidak relevan lagi dengan kemajuan zaman sekarang. Beliau telah menghasilkan beberapa teori dan formula sains berdasarkan ayat-ayat al-Quran. Justeru itu, kajian in bertujuan memperkenal dan mengetengahkan Halo-N dengan memaparkan latarbelakang kehidupan dan pendidikan beliau, seterusnya memperkenalkan buku tafsir al-Fathun Nawa serta mengkaji metode penulisan dan pentafsiran yang digunakan dalam perbahasan buku ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk analisis kandungan. Analisis dokumen dan temubual bersama tokoh digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Seterusnya, data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan teknik deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa Halo-N menggunakan pandangan akalnya sendiri tanpa merujuk kitab-kitab muktabar dan pandangan ulama tafsir dalam mentafsirkan ayat al-Quran. Beliau memiliki kerangka pemikiran tersendiri dalam membentuk kaedah pentafsiran baru sehingga menimbulkan persoalan dan keraguan. Justeru lebih daripada 90 peratus istidlalnya tidak menepati cara yang digunapakai oleh jumhur ulama tafsir. Dalam kajian in dicadangkan beberapa saranan bagi mempertahankan kesucian al-Quran antaranya dengan memperkemaskan lagi pengajaran bidang ilmu tafsir dari peringkat rendah sehingga peringkat tertinggi. Implikasinya, diharapkan dapat menjelaskan perbezaan dan kekeliruan pentafsiran yang pengarang lakukan dengan pentafsiran al-Quran ahli-ahli tafsir sebelum ini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 153 |
Call Number: | BP130.4.N63 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Metodologi penulisan buku tafsir al-Fathun Nawa oleh Halo-N.pdf Restricted Access | 23.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.