Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475765
Title: Pengurusan kes Orang Kurang Upaya (OKU) mental: kajian kes dalam kalangan pekerja sosial di Lembah Klang
Authors: Mohd Iqbal Haqim Mohd Nor (P85610)
Supervisor: Nur Saadah Mohamad Aun, Dr.
Keywords: Social work with people with mental disabilities -- Malaysia
People with mental disabilities -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-May-2019
Description: Peratusan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) mental di Malaysia telah meningkat daripada 5 peratus pada tahun 2014 ke 8.2 peratus pada tahun 2016. Pertambahan bilangan OKU mental ini menuntut kepada keperluan akan khidmat pekerja sosial yang terlatih dalam mengendalikan kes OKU Mental. Khidmat pekerja sosial terlatih ini diperlukan agar pengurusan kes yang dilakukan bertambah sistematik dan berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengurusan kes kerja sosial OKU mental di Malaysia. Kajian kualitatif ini dilakukan secara temu bual separa struktur dengan 10 informan yang merupakan pekerja sosial dari Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat empat isu yang dihadapi pekerja sosial dalam praktis pengurusan kes iaitu nilai dan etika, kelayakan pekerja sosial, pendedahan mereka tentang OKU mental dan isu berkenaan kecekapan budaya. Seterusnya, wujud tiga isu yang dihadapi mereka berkenaan piawaian praktis pengurusan kes OKU mental antaranya dalam perancangan perkhidmatan, kolaborasi antara disiplin dan organisasi serta kemampanan bebanan kerja kes. Tambahan pula, kajian ini turut menjelaskan enam strategi yang dilakukan pekerja sosial tersebut untuk mengatasi isu-isu yang mereka hadapi dalam pengurusan kes OKU mental ini seperti peningkatan pendedahan mengenai OKU mental kepada pekerja sosial, memperkasakan penglibatan keluarga, meningkatkan kolaborasi antara agensi dan disiplin, mengatasi dilema yang dihadapi pekerja sosial, mengatasi stigma serta mengatasi kekangan sumber yang ada. Kesimpulannya, kajian mencadangkan perkhidmatan pengurusan kes kerja sosial yang memfokuskan kepada pengintegrasian semula OKU mental kepada keluarga dan pusat transit. Pusat transit ini boleh diintegrasikan ke dalam pusat-pusat komuniti sedia ada sebagai contoh pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) dan pusat komuniti kesihatan mental (Mentari).,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Falsafah
Pages: 175
Call Number: HV3004.M845 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengurusan kes Orang Kurang Upaya OKU mental kajian kes dalam kalangan pekerja sosial di Lembah Klang.pdf
  Restricted Access
19.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.