Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475758
Title: Perspektif mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap pemikiran Islam liberal dalam laman sesawang Projek Dialog
Authors: Anis Sakinah Mohd Abd Rahim (P78844)
Supervisor: Najah Nadiah Amran, Dr.
Keywords: Islamic modernism
Liberalism -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-May-2018
Description: Media sosial merupakan interaksi sosial secara maya yang menggunakan laman sesawang dan aplikasi untuk berkomunikasi, berkongsi dan mendapatkan pelbagai maklumat. Oleh kerana media sosial mudah diakses, ia mempengaruhi masyarakat dalam memahami agama Islam dengan cara yang tidak mengikut syariat Islam yang sebenar. Terdapat laman sesawang yang digunakan bagi menyebarluaskan pemikiran Islam Liberal iaitu laman sesawang Projek Dialog melalui penulisan artikel bagi menyampaikan pemikiran mereka yang menjunjung deklarasi kebebasan bersuara iaitu artikel 19 kepada masyarakat. Projek Dialog merupakan satu gerakan yang dipelopori golongan belia yang mengetengahkan isu-isu semasa di Malaysia dalam sudut pandang pemikiran Islam Liberal seperti isu feminisme, pluralisme agama, hak kebebasan beragama, hak asasi manusia dan Lesbian, Gay, Bioseksual dan Transgender (LGBT). Timbul kebimbangan dalam keagamaan Islam apabila hujah-hujah di dalam artikel yang disiarkan oleh laman sesawang Projek Dialog menggunakan petikan, terjemahan dan kefahaman dari al-Quran dan hadith yang tidak menepati kehendak dan hukum asal yang ditetapkan syarak. Objektif kajian ini bagi mengkaji penggunaan media sosial di kalangan golongan Islam Liberal dalam menyebarkan pemikiran mereka. Di samping itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti pendekatan dan isu yang terdapat dalam laman sesawang Projek Dialog dalam menyebarkan fahaman Islam Liberal dan menganalisis perspektif mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap kandungan pemikiran Islam Liberal dalam laman sesawang Projek Dialog. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes. Pengumpulan data adalah melalui kaedah pemerhatian dalam talian laman sesawang Projek Dialog dan temu bual separa berstruktur melibatkan 13 orang mahasiswa UKM yang terdiri daripada 10 orang pelajar perempuan dan 3 orang pelajar lelaki. Data-data yang diperolehi dianalisis melalui pendekatan deskriptif dengan teknik tematik secara verbatim. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan daripada informan mengetahui mengenai Islam Liberal tetapi hanya sebahagian daripada mereka mengetahui mengenai laman sesawang Projek Dialog. Kajian ini juga mendapati 12 orang informan menolak pemikiran Islam Liberal yang dibawa dalam laman sesawang Projek Dialog kerana mereka menyedari bahaya fahaman Islam Liberal dan kepentingan menyelidik sebelum menerima maklumat dalam media sosial. Hanya seorang sahaja daripada mereka menerima pemikiran Islam Liberal sebagai satu pemikiran yang membawa idea-idea pembebasan dan pembaharuan yang perlu diraikan dan diterima oleh semua pihak. Informan ini juga berhasrat meneruskan agenda gerakan Islam Liberal secara aktif setelah tamat belajar. Hasil kajian ini memberi implikasi penting kepada mahasiswa supaya lebih cakna dengan isu semasa yang berkait dengan fahaman Islam Liberal yang kian menular dalam media sosial khususnya melalui laman sesawang Projek Dialog. Mereka harus mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai bahaya fahaman Islam Liberal dalam masyarakat. Justeru, semua pihak seperti institusi pendidikan tinggi dan agama, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan termasuk juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu memantau gerakan dan penyebaran Islam Liberal dalam media sosial kerana ia boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan akidah umat Islam di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 221
Call Number: BP166.14.M63A53 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.