Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475756
Title: | Pendekatan tazkiyat al-nafs dalam menghadapi perubahan emosi wanita postpartum |
Authors: | Nadiea Ismail (P81825) |
Supervisor: | Salasiah Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Depression Postpartum Depression in women Religious life -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Oct-2018 |
Description: | Wanita postpartum (pasca bersalin) sering mengalami perubahan emosi. Emosi wanita postpartum perlu diurus dengan baik supaya tidak menyebabkan masalah psikologi yang lebih teruk seperti kemurungan. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif yang ditetapkan untuk mengkaji punca keguguran atau kematian anak, menganalisis perubahan emosi wanita postpartum dan menganalisis pendekatan tazkiyat al-nafs dalam kalangan wanita postpartum. Kajian ini mengunakan rekabentuk kajian deskriptif secara kualitatif. Peserta kajian dipilih menggunakan persampelan snowball dalam kalangan wanita postpartum yang pernah mengalami keguguran atau kematian anak. Kaedah pengumpulan data menggunakan temu bual mendalam. Kajian ini telah dijalankan di sekitar Lembah Klang. Hasil kajian mendapati punca keguguran adalah keguguran spontan, jangkitan kuman, rahim tidak normal, keputihan, mengandung luar rahim dan stress. Manakala perubahan emosi yang dialami adalah postpartum blues, postpartum depression, postpartum psikosis dan kehibaan. Hasil kajian turut mendapati antara pendekatan tazkiyat al-nafs yang dilakukan oleh peserta kajian ialah berzikir, membaca al-Quran, membaca al-mathurat, puasa dan solat. Mereka juga mendidik jiwa supaya redha, syukur, sabar, pasrah, bermuhasabah dan meletakkan pergantungan dengan Allah S.W.T. Implikasi kajian melalui pendekatan tazkiyat al-nafs berperanan sebagai salah satu metode pembinaan jiwa dan pendidikan akhlak manusia iaitu melalui penyucian dan penyembuhan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 112 |
Call Number: | RG852.N33 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.