Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475751
Title: Pengaruh karakter akhlak Islam terhadap tingkah laku beretika alam sekitar: kajian ke atas ahli-ahli pertubuhan Islam di Malaysia
Authors: W. Syairah Hazwani W. Petera (P56808)
Supervisor: Mashitoh Yaacob, Prof. Madya Dr.
Keywords: Environmental ethics
Islamic ethics
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-May-2018
Description: Isu-isu alam sekitar yang berlaku ketika ini memerlukan manusia kembali kepada ajaran agama bagi mencari penyelesaiannya. Ajaran Islam sememangnya mempunyai jawapan kepada masalah ini. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada ahli pertubuhan Islam, yang secara umumnya boleh dianggap sebagai mempunyai tahap kesedaran dan kefahaman Islam yang tinggi, menterjemahkan kefahaman mereka ke dalam tingkah laku kehidupan seharian mereka atau tidak. Justeru itu, kajian ini mengkaji pengaruh karakter akhlak Islam terhadap tingkah laku beretika alam sekitar ahli-ahli pertubuhan Islam di Malaysia yang difokuskan kepada pertubuhan Islam yang terdapat di Lembah Klang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada ahli-ahli Pertubuhan Al-Khadeem, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) secara bersemuka dan secara dalam talian. Seramai 165 responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 92.4% responden secara purata pernah mengamalkan tingkah laku beretika alam sekitar sama ada selalu, kebanyakan masa, kadang-kadang dan jarang. Majoriti responden bersetuju bahawa karakter akhlak Islam mempengaruhi mereka dalam melakukan aktiviti pra-kitar semula (99.7% responden) dan aktiviti guna semula dan kitar semula (99.8% responden). Dapatan ini disokong oleh hasil ujian korelasi Pearson yang menunjukkan keempat-empat karakter akhlak Islam, iaitu qana’ah, mahabbah, ihsan dan ta’awun, mempunyai hubungan yang positif dan signifikan secara statistik dengan tingkah laku beretika alam sekitar (pra-kitar semula, guna semula dan kitar semula). Kajian ini menunjukkan bahawa faktor agama turut memberikan pengaruh kepada masyarakat dalam membuat keputusan untuk melakukan amalan pra-kitar semula, guna semula dan kitar semula selain faktor ekonomi dan sosial. Sehubungan dengan itu, institusi agama wajar memainkan peranan mereka untuk menggalakkan masyarakat Muslim menyertai amalan hijau ini memandangkan Muslim merupakan masyarakat majoriti di Malaysia dan sekaligus dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 169
Call Number: GE42.W337 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.