Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475736
Title: Pengurusan secara lestari sisa minyak masak dan sisa berminyak daripada premis makanan
Authors: Nurul Syazrina Abd Rahman (P80200)
Supervisor: Shahrom Md Zain
Keywords: Refuse and refuse disposal -- Planning
Issue Date: 15-Oct-2018
Description: Penghasilan makanan di Malaysia banyak menggunakan minyak masak sebagai bahan utama dalam masakan. Situasi ini menyumbang kepada peningkatan sisa minyak masak dan sisa berminyak yang boleh memberi kesan negatif terhadap alam sekitar sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Justeru, kajian ini penting untuk membantu pengusaha-pengusaha premis makanan (kafeteria) menguruskan sisa minyak masak dan sisa berminyak secara lestari. Kajian kes yang dijalankan adalah di premis makanan (kafeteria) Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesediaan pengusaha premis makanan (kafeteria) dalam usaha melestarikan pengurusan sisa minyak masak dan sisa berminyak di UKM Bangi, membangunkan sistem pengurusan sisa minyak masak dan sisa berminyak di kafeteria serta menilai keberkesanan pengurusannya melalui pengumpulan sisa minyak masak dan penentuan kualiti air saliran Alur Ilmu UKM yang dilepaskan ke persekitaran. Kajian dimulakan dengan soal selidik terhadap 19 pengusaha premis makanan (kafeteria) di UKM Bangi bagi menentukan kesediaan dan penerimaan mereka terhadap sistem pengumpulan sisa minyak masak dan pemasangan perangkap minyak. Keputusan menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan serta kesediaan yang tinggi untuk pengumpulan sisa minyak masak dan pemasangan perangkap minyak. Pembangunan sistem pengurusan dimulakan dengan pengedaran tong pengumpulan sisa minyak masak ke semua premis makanan (kafeteria) dan sistem penjadualan kutipan sisa minyak masak diperkenalkan. Disamping itu, pemasangan perangkap minyak di empat lokasi kafeteria di sepanjang Alur Ilmu turut dilaksanakan dengan pemerhatian secara berkala dijalankan. Perlaksanaan sistem pengurusan sisa minyak masak telah menunjukkan keberkesanan berdasarkan peningkatan kutipan daripada 3232.6 kg pada hujung tahun 2014 dan tahun 2015 kepada 3408.1 kg pada tahun 2016. Kadar peratusan kenaikan adalah sebanyak 5 peratus dengan purata kutipan antara 25 kg sehingga 94 kg sebulan. Kajian menunjukkan kekerapan penyelenggaraan perangkap minyak adalah perlu sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari ke-15 dan pada hari ke-30. Peratusan penurunan kandungan minyak dan gris bagi aliran air masukan dan keluaran perangkap minyak sebanyak 90 peratus menunjukkan keberkesanan pemasangan yang dibuat. Ujian t-tests bagi langkah-langkah berulang terhadap penentuan kualiti air Alur Ilmu bagi lima parameter air iaitu kandungan minyak dan gris, permintaan oksigen biokimia (BOD₅), permintaan oksigen kimia (COD), Nitrogen Ammonia (NH₃-N) dan jumlah pepejal (TSD) juga telah menunjukkan penurunan pada aliran air masuk dan keluar perangkap minyak (p<0.05, α=0.05). Oleh yang demikian, pengurusan secara lestari melalui pengumpulan sisa minyak masak serta pemasangan perangkap minyak telah membantu mengurangkan pencemaran air di Alur Ilmu UKM membuktikan tentang keperluan yang mesti dibuat terhadap semua premis makanan. Penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan dari pihak berkaitan dapat menjamin kelangsungan amalan kelestarian di premis makanan.,Sarjana Sains
Pages: 147
Call Number: TD791.N847 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.