Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475715
Title: Aplikasi qira'at mutawatirah dalam pentafsiran ayat-ayat akidah
Authors: Mohd Nasir bin Awang Noh (P60492)
Supervisor: Sabri bin Mohamad, Dr
Keywords: Qira'at mutawatirah
Issue Date: 4-Sep-2015
Description: Ilmu Qirā’āt memainkan peranan yang amat penting dan menjadi salah satu keutamaan yang harus diberi perhatian yang serius terutamanya dalam bidang pentafsiran al-Quran dan hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hukum sharīcat dan akidah. Ilmu Qirā’āt juga bukanlah sekadar menjadi tuntutan fardu kifayah sahaja atau dibaca semata-mata tanpa dikaji dan dipelajari akan kepentingan dan peranannya yang amat besar dan berpengaruh. Hal ini jelas dan terbukti sekiranya kita menelaah dan mengkaji kitab-kitab tafsir di mana kebanyakan ulama-ulama tafsir tidak terlepas daripada membincangkan akan wuj�h Qirā’āt ini dalam memahami pentafsiran yang lebih tepat untuk mencari hukum-hakam dan mentafsir makna al-Quran yang sukar difahami. Kajian ini memfokuskan kepada aplikasi Qirā’āt Mutawātirah dalam pentafsiran al-Quran dan hubungannya dengan bidang Tafsir di samping membicarakan bagaimana interaksi para mufassirīn dalam beberapa karya pilihan mengaplikasikan gaya Qirā’āt Mutawātirah. Analisis ayat-ayat yang berkaitan dengan akidah dilakukan dengan mengambil kira penggunaan Qirā’āt Mutawātirah oleh para mufassirīn ketika mereka mentafsirkan kalam Allah SWT agar dapat dibuat perbandingan dan rumusan bagi mencapai keputusan. Keseluruhan kajian ini dijalankan berdasarkan kajian kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan yang berpandukan pada kitab-kitab tafsir yang terpilih dan kitab-kitab Qirā’āt yang mutawātirah. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi ilmu Qirā’āt dalam bidang tafsir jelas tidak boleh dipertikaikan dalam menyerlahkan lagi pentafsiran al-Quran terutama ayat-ayat yang berkaitan akidah bahkan ketidaksamaan gaya Qirā’āt yang berlaku pada ayat-ayat al-Quran boleh mewujudkan perbezaan pendapat dan ijtihad dalam kalangan mufassirīn untuk mengisṭinbatkan sesuatu hukum yang terkandung di sebalik wajh Qirā’āt dalam sesuatu ayat berkenaan. Implikasi kajian menunjukkan perbezaan gaya bacaan memberi impak yang begitu besar kepada penyelesaian akidah yang mana ia memberi gambaran jelas kepada suatu fahaman menyeleweng yang membelenggu masyarakat Islam dari dahulu sehingga sekarang di samping para pengkaji ilmu Islam boleh mendapat panduan dan suluhan yang berguna untuk maṣlaḥah ummah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 143
Call Number: BP131.5.M836 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.